UNIMEL PERKASA AGENDA PENGLIBATAN KOMUNITI DAN WAKAF MELALUI KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA PONDOK UNAIS
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hari ini mengadakan sesi perbincangan strategik bersama delegasi Pondok UNAIS yang diketuai oleh Pengasasnya, YBrs. Dr. Mohd Isa bin Hamzah, bagi meneroka kerjasama dalam bidang Penglibatan Komuniti (Community Engagement) dan wakaf. Sesi tersebut dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawakataly, Naib Canselor UNIMEL, bersama barisan pengurusan universiti dan Pondok Unais di Bangunan Canselori UNIMEL.
Perbincangan memfokuskan kepada usaha memperkukuh sinergi antara kepakaran akademik UNIMEL dan pengalaman Pondok UNAIS dalam pengajian Islam, pembangunan komuniti serta pengurusan wakaf. Kerjasama ini dijangka menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program pendidikan, dakwah, penyelidikan dan khidmat masyarakat yang berteraskan nilai-nilai Islam, sekali gus memperkukuh pembangunan ummah dan kesejahteraan masyarakat.



UNIMEL menghargai kesediaan Pondok UNAIS untuk menjalin kerjasama strategik ini dan berharap sinergi yang terjalin akan memperkukuh pengajian Islam, memperkasa agenda penglibatan komuniti dan wakaf, serta menyumbang kepada pembangunan ummah yang berilmu, berdaya saing dan berteraskan nilai-nilai Islam.
UNIMEL Strengthens Community Engagement and Waqf Agenda Through Strategic Collaboration with Pondok UNAIS
Universiti Islam Melaka (UNIMEL) today held a strategic discussion session with a delegation from Pondok UNAIS, led by its Founder, Dr. Mohd Isa Hamzah, to explore potential collaboration in the areas of Community Engagement and Waqf. The session was chaired by Prof. Ts. Dr. Abdul Khalil Shawakataly, Vice-Chancellor of UNIMEL, together with the university’s management team and representatives from Pondok UNAIS at the UNIMEL Chancellery Building.
The discussion focused on strengthening the synergy between UNIMEL’s academic expertise and Pondok UNAIS’s extensive experience in Islamic education, community development, and waqf management. This collaboration is expected to serve as a catalyst for the implementation of educational, da’wah, research, and community service programmes rooted in Islamic values, while further enhancing the development of the ummah and promoting the well-being of society.
UNIMEL greatly appreciates Pondok UNAIS’s willingness to establish this strategic partnership and looks forward to a meaningful collaboration that will strengthen Islamic education, advance the community engagement and waqf agenda, and contribute to the development of a knowledgeable, competitive, and values-driven ummah founded upon Islamic principles.