Utama Berita Umum
🕐 18/01/2025 04:27 PM

PROGRAM “TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK” KELAB BUSINESS MANAGEMENT CLUB (BIZMAC)

Program “Teamwork Makes The Dream Work” yang berlangsung pada 18 Januari 2025 di Sayang Beach Resort, Pengkalan Balak, telah berjaya dilaksanakan dengan lancar oleh Business Management Club dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Dihadiri oleh 42 ahli Kelab Business Management Club (BIZMAC), program ini dirasmikan oleh beberapa individu penting, termasuk Puan Nor Hazanah Binti Miskan penyelaras kelab, serta pemilik Sayang Beach Resort, Raja Norasiah.

Program ini memberi peluang kepada ahli untuk terlibat dalam aktiviti kepimpinan dan sihat, yang bertujuan mengasah kemahiran dan memperkukuh kerjasama. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan berfokus pada aplikasi kemahiran dalam merealisasikan objektif dan meningkatkan ukhuwah antara ahli kelab, tanpa mengira latar belakang.

Semua peserta menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi sepanjang program, yang berjaya mencapai matlamatnya untuk mempererat hubungan antara ahli. Keseluruhan program berjalan dengan jayanya, memberikan pengalaman yang bermakna kepada semuayang terlibat.