🕐 23/07/2026 05:00 PM
SDG 1: No Poverty SDG 4: Quality Education SDG 17: Partnerships for the Goals

BANK RAKYAT CONTRIBUTES RM30,000 TO UNIMEL IN SUPPORT OF ASNAF STUDENTS AND EDUCATIONAL DEVELOPMENT

Melaka – Universiti Islam Melaka (UNIMEL) received a RM30,000 contribution from Bank Rakyat under the Asnaf Contribution and Student Education Assistance Initiative, reflecting the bank’s continued commitment to expanding access to higher education and enhancing student welfare.

The contribution was presented by Mr. Norulhisham Mohd. Hassan, Vice President of Bank Rakyat, to YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Vice Chancellor of UNIMEL, who accepted the contribution on behalf of the university. Members of UNIMEL’s Senior Management were also present at the ceremony.

The contribution will be utilised to provide financial assistance to students from the asnaf community while supporting various student development programmes and activities. This initiative is expected to ease the financial burden on students and their families, enabling them to focus on their studies, personal development, and academic excellence without being constrained by financial challenges.

The Vice Chancellor of UNIMEL expressed his sincere appreciation to Bank Rakyat for its generosity and unwavering commitment to supporting higher education. He noted that strategic partnerships with organisations such as Bank Rakyat play a significant role in strengthening the university’s efforts to nurture knowledgeable, competitive, and ethically grounded graduates.

This initiative also contributes to the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), particularly SDG 1: No Poverty, by providing financial assistance to asnaf students; SDG 4: Quality Education, by promoting equitable access to quality higher education; and SDG 17: Partnerships for the Goals, through the strategic collaboration between UNIMEL and Bank Rakyat in advancing human capital development.

UNIMEL highly values Bank Rakyat’s commitment to fulfilling its Corporate Social Responsibility (CSR) through continuous support for higher education institutions. Such strategic collaborations not only strengthen the nation’s human capital development agenda but also create greater opportunities for students to excel academically, develop their potential, and contribute meaningfully to society.

The university looks forward to further strengthening its partnership with Bank Rakyat in the years ahead, ensuring that more students benefit from educational and welfare initiatives. This collaboration is aligned with UNIMEL’s aspiration to produce holistic, competitive graduates who are well-equipped to contribute to sustainable community, national, and global development.


BANK RAKYAT SALUR RM30,000 KEPADA UNIMEL BANTU PELAJAR ASNAF DAN SOKONG PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Melaka, Universiti Islam Melaka (UNIMEL) menerima sumbangan berjumlah RM30,000 daripada Bank Rakyat menerusi inisiatif Sumbangan Asnaf dan Bantuan Pendidikan Pelajar, sebagai manifestasi komitmen berterusan institusi kewangan itu dalam memperkasakan akses kepada pendidikan serta meningkatkan kebajikan mahasiswa.

Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Norulhisham Mohd. Hassan, Vice President Bank Rakyat kepada YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL yang menerima sumbangan tersebut bagi pihak universiti. Turut hadir memeriahkan majlis ialah barisan Pengurusan Tertinggi UNIMEL.

Sumbangan berkenaan akan dimanfaatkan bagi membantu pelajar daripada golongan asnaf serta menyokong pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti pembangunan mahasiswa. Inisiatif ini diharap dapat meringankan beban kewangan pelajar dan keluarga mereka, sekali gus memberi ruang kepada mahasiswa untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian, pembangunan sahsiah dan kecemerlangan akademik.

Naib Canselor UNIMEL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bank Rakyat atas kepercayaan dan keprihatinan yang dizahirkan melalui sumbangan tersebut. Menurut beliau, sokongan daripada rakan strategik seperti Bank Rakyat bukan sahaja membantu meningkatkan kesejahteraan pelajar, malah memperkukuhkan usaha universiti dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berilmu dan berakhlak.

Inisiatif ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) khususnya SDG 1: Tiada Kemiskinan (No Poverty) melalui bantuan kewangan kepada pelajar asnaf, SDG 4: Pendidikan Berkualiti (Quality Education) dengan memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi yang inklusif dan saksama, serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat (Partnerships for the Goals) menerusi kerjasama strategik antara UNIMEL dan Bank Rakyat dalam memperkasa pembangunan modal insan.

UNIMEL amat menghargai komitmen Bank Rakyat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui sokongan berterusan kepada institusi pendidikan tinggi. Kerjasama strategik seperti ini bukan sahaja memperkukuhkan agenda pembangunan modal insan negara, malah membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik, membangunkan potensi diri dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

UNIMEL berharap jalinan kerjasama erat bersama Bank Rakyat akan terus diperkasakan pada masa hadapan demi memastikan lebih ramai pelajar mendapat manfaat daripada pelbagai inisiatif kebajikan dan pendidikan. Usaha ini selari dengan aspirasi universiti dalam melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan mampan di peringkat komuniti, negara dan global.