WACANA IKAT 2025 ANGKAT WARISAN SEJARAH SEBAGAI KHAZANAH DUNIA
Wacana IKaT 2025: Warisan Sejarah Khazanah Dunia berjaya menghimpunkan para sarjana, penyelidik serta pencinta ilmu dalam usaha memperkasa pemahaman dan kajian terhadap warisan sejarah sebagai khazanah dunia, khususnya berkaitan manuskrip dan tradisi keilmuan Melayu. Program ini telah berlangsung di Bangunan Lukman Hakim, Universiti Islam Melaka (UNIMEL).
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka, yang menegaskan kepentingan usaha berterusan dalam memelihara, mendokumentasi dan memodenkan kajian warisan sejarah agar kekal relevan serta dapat diakses oleh generasi masa hadapan.
Wacana ini turut diserikan dengan Pameran Manuskrip Kajian Tuah yang menonjolkan khazanah manuskrip bersejarah, selain Pelancaran Hikayat-Chatbot, satu inovasi yang menggabungkan teknologi digital dengan kajian warisan bagi memperluas capaian dan kefahaman masyarakat terhadap kandungan manuskrip Melayu.
Penganjuran Wacana IKaT 2025 selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 4 β Pendidikan Berkualiti melalui pemerkasaan ilmu dan penyelidikan, SDG 9 β Industri, Inovasi dan Infrastruktur menerusi penerapan teknologi dalam kajian warisan, serta SDG 11 β Pemeliharaan Warisan Budaya, sejajar dengan aspirasi Kampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau.