Utama β€Ί Berita β€Ί Korporat
πŸ• 11/04/2026 02:55 PM
SDG 4: Quality Education SDG 8: Decent Work and Economic Growth

UNIMEL RAIH PENGIKTIRAFAN TALENTBANK 2026, GRADUAN TERUS JADI PILIHAN INDUSTRI!

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) terus melakar sejarah sekali lagi apabila menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah TalentBank 2026 di Kuala Lumpur, sekali gus mengukuhkan reputasi sebagai institusi pengajian tinggi yang diyakini majikan. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL telah menerima anugerah berprestij ini bersama barisan pengurusan tertinggi universiti, sekali gus menegaskan komitmen berterusan UNIMEL dalam memperkukuh kecemerlangan akademik, kebolehpasaran graduan dan jaringan strategik bersama industri.

Empat bidang utama iaitu Perhotelan, Kaunseling, Undang-undang dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah diiktiraf atas kekuatan kebolehpasaran graduan dan kesediaan memenuhi kehendak industri semasa.

Menurut Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, kejayaan ini mencerminkan keberkesanan pendekatan H.E.R.O dalam melahirkan graduan holistik, kompeten dan berdaya saing tinggi.

Lebih membanggakan, pengiktirafan oleh TalentBank dengan penarafan 6 bintang mengesahkan bahawa graduan UNIMEL bukan sahaja relevan, malah menjadi antara pilihan utama industri di Malaysia. Ini bukan sekadar anugerah tetapi membuktikan UNIMEL setaraf universiti tersohor dari segi kebolehpasaran graduan.