PROGRAM WISE ACTION: FIRST AID TRAINING
Program WISE ACTION: FIRST AID TRAINING telah berjaya diadakan pada 17 Januari 2025, bertempat di Dewan Kenanga 1, FSS, dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, Dirasmikan oleh Ustaz Nor Asree bin Mohd Noh, Penyelaras Persatuan Pengakap Kelana UNIMEL.

Seramai 37 peserta terlibat, terdiri daripada ahli Persatuan Pengakap Kelana, Persatuan Simpanan Tentera Darat (PSTD), serta penceramah jemputan dari Klinik Kesihatan Kuala Sungai Baru.
Program ini telah mencapai objektifnya dengan memberikan pendedahan tentang asas pertolongan cemas kepada peserta, sekaligus melahirkan ahli yang terlatih dan mampu menyumbang kepada keselamatan masyarakat semasa kecemasan.

Keterlibatan mahasiswa/i dalam latihan pertolongan cemas tidak hanya memberi mereka keupayaan praktikal untuk merespon dengan cekap ketika berlakunya kecemasan , ia juga dapat memperkukuhkan nilai-nilai seperti kepimpinan, kerjasama, dan tanggungjawab serta dapat memperkukuhkan nilai kepimpinan, kerjasama, dan tanggungjawab dalam kalangan mahasiswa/i yang terlibat.