Utama β€Ί Berita β€Ί Umum
πŸ• 23/12/2025 08:56 PM
SDG 4: Quality Education SDG 8: Decent Work and Economic Growth

PROGRAM USAHAWAN DIGITAL PERKASA MODAL INSAN UNIMEL, SOKONG AGENDA SDG 4: PENDIDIKAN BERKUALITI

Universiti Islam Melaka (UNIMEL) memperkukuh agenda pembangunan modal insan negara menerusi penganjuran Program Usahawan Digital dengan kerjasama strategik Maybank Islamic Berhad dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) sebagai usaha melahirkan graduan berdaya saing selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) selaras dengan aspirasi UNIMEL iaitu Kampus Sejahtera : UNIMEL Lestari dan hijau.

Program yang menghimpunkan mahasiswa/i UNIMEL daripada pelbagai latar belakang ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran keusahawanan digital, pengurusan perniagaan dan pemikiran inovatif sebagai persediaan menghadapi realiti pasaran kerja yang semakin mencabar serta berorientasikan ekonomi digital.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Jabatan Pembangunan Dana YPM, Encik Zainal Rashid bin Zakaria berkata, mahasiswa UNIMEL perlu berperanan sebagai ejen perubahan dengan menterjemahkan harapan keluarga dan aspirasi diri kepada kecemerlangan sahsiah serta profesional, sekali gus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Menurut beliau, proses pembentukan sahsiah dan profesionalisme sepanjang pengajian
merupakan latihan penting bagi membentuk daya tahan dan kesiapsiagaan kerjaya.

Majlis perasmian program disempurnakan oleh wakil Maybank Islamic Berhad, Puan Nurussaadah binti Mohd Salleh menegaskan bahawa kerjasama Maybank Islamic dan YPM merupakan usaha berterusan dalam memperkukuh literasi kewangan dan asas perniagaan pelajar institusi pengajian tinggi, di samping membentuk disiplin serta etika kerja yang tinggi.

Sebagai simbol komitmen terhadap pendidikan dan kebajikan mahasiswa, UNIMEL turut menerima Mock Cheque berjumlah RM13,500 daripada Maybank Islamic Berhad bagi menyokong pelaksanaan program ini, yang secara langsung menyokong SDG 4 iaitu Pendidikan Berkualiti dan SDG 8 iaitu Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi.