Utama Berita Umum
🕐 14/01/2025 03:47 PM

PROGRAM TOWN HALL YAB KETUA MENTERI MELAKA BERSAMA MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL).

Alhamdulilah, hari ini saya berpeluang memanfaatkan ruang yang ada untuk hadir dalam program Townhall bersama-sama 400 anak-anak Mahasiswa Universiti Islam Melaka (UNIMEL).

Hadir sama, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; dan Timbalan beliau, YB Datuk Rosli Abdullah-ADUN Kuala Linggi; Ahli-Ahli Yang Berhormat, YB Datuk Dira Abu Zahar, dan YB Datuk Zulkiflee Datuk Seri Mohd Zin; Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL; dan Encik Abdul Aziz Baba, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka – TAPEM

Menerusi program Townhall ini, kerajaan negeri dapat mendengar dengan lebih jelas lontaran suara anak-anak muda, cadangan, idea serta kemahuan mereka. Sesi townhall ini juga adalah ruang terbaik buat kerajaan menyampaikan sesuatu inisiatif mahupun pelaksanaan program-program termasuk dasar pendidikan dan pemerkasaan bidang TVET.

Di bawah pentadbiran saya, Saya memandang serius mengenai penyertaan mahasiswa dan anak-anak muda dalam pelbagai inisiatif kerajaan, termasuk mahu mereka merebut peluang dan meneroka bidang TVET, memandangkan bidang ini menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Saya mahu anak-anak muda Melaka berbangga. Melaka ini walaupun negerinya kecil, tetapi ia hebat.