Utama Berita Pelajar
🕐 24/01/2025 01:45 PM

“PROGRAM KHATAM AL-QURAN” KELAB MAHASISWA TAHFIZ WAL QIRAAT (DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT)

“Program Khatam Al-Quran” yang dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Tahfiz wal Qiraat (Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat) yang bertempat di Auditorium Ibnu Khaldun, Universiti Islam Melaka pada 24 Januari 2025 (Jumaat) adalah bertujuan untuk meraikan para pelajar yang telah mengkhatamkan al-Quran 30 juz. Di samping itu, majlis ini turut menjemput Tn. Hj. Zulkefli bin Abu Bakar (Timbalan Naib Canselor, Universiti Islam Melaka), dekan FKI iaitu Dr. Rahisam bin Ramli, para pensyarah DTQ serta para pelajar dan ibu bapa.

Objektif program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa/i demi memartabatkan al-Quran supaya generasi akan datang lebih memahami akan kepentingan membaca serta mendengarkan bacaan al-Quran. Selepas itu, memperluaskan ilmu yang diceburi kepada masyarakat agar lebih cakna dalam memperbaiki bacaan al-Quran. Seterusnya,memberi peluang kepada mahasiswa/i dalam memberi sumbangan yang berkesan ke arah memajukan masyarakat islam di luar dari segi kerohanian, jasmani dan intelektual.

Sebagai penutup, program khatam al-Quran ini dilaksanakan adalah bagi meraikan pelajarpelajar Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat yang telah menamatkan pengajian mereka diperingkat diploma. Di samping itu, program ini juga mampu mendidik semangat kekeluargaan di antara pihak keluarga peserta dan kakitangan Universiti Islam Melaka.