MAJLIS PERASMIAN DENAI, PARIT BESAR @ UNIMEL KUALA LINGGI.
Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) iaitu Majlis Perasmian Denai Parit Besar @ UNIMEL Kuala Linggi.
Majlis pagi ini disempurnakan oleh YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Melaka Pengurusan Bencana mewakili YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Majlis pagi ini dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) Negeri Melaka dengan kerjasama JAPERUN Kuala Linggi dan Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Majlis perasmian telah diadakan di WADI KUIM, UNIMEL.


Turut hadir ialah YB Datuk Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap ADUN Kuala Linggi, YB Datuk Hj. Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka, YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Dhc. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL dan YBrs. Ir. Ts. Dr. Hj. Muhammad Khairuddin bin Khalil, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka
Antara aktiviti pada perasmian ini ialah “brisk walk”, kayak dan pelbagai lagi aktiviti yang melibatkan rakyat tempatan dan juga warga UNIMEL.
Semoga program ini dapat merancakkan lagi program Wakil Rakyat untuk Rakyat (WRUR) DUN Kuala Linggi.