Utama Berita Pelajar
🕐 12/01/2025 03:48 PM

MAHASISWA UNIVERSITI ISLAM MELAKA (UNIMEL) SERTAI ASKAR WATANIAH

Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Rejimen 514 Askar Wataniah Kem Rejimen 514 Bukit Beruang, Melaka. Dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Raof bin Yusof, Ketua Menteri Melaka.

Seramai 1196 orang anggota Wataniah termasuk 33 orang anggota Wataniah dari Universiti Islam Melaka UNIMEL. Anggota Wataniah dari UNIMEL juga turut menyempurnakan pertunjukan War Dance dalam program tersebut.

Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, serta memberikan penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam pertahanan negara. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan dua hala yang lebih erat dan mesra antara pemimpin dan anggota Wataniah, agar mereka dapat lebih berinteraksi, berbincang, serta berkongsi pengalaman dan pandangan dalam memperkukuh pertahanan negara.

Program seperti ini diadakan bagi menghargai sumbangan anggota Wataniah, memberikan penghormatan kepada mereka yang telah berkhidmat untuk negara, serta memberi motivasi kepada mereka untuk terus berbakti kepada negara.