MAHASISWA UNIMEL MEMBAWA SOLUSI, BUKAN SEKADAR SIMPATI KE PEDALAMAN SARAWAK
Bukan semua berani keluar zon selesa. Tapi dua wakil Universiti Islam Melaka (UNIMEL) ini memilih untuk turun ke lapangan, menyantuni masyarakat dan membawa solusi sebenar melalui Program Madani Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2026 anjuran Yayasan Sukarelawan Siswa pada 3 April hingga 20 April 2026 baru-baru ini.
Aliya Maisyara binti Ali Hussain, pelajar Ijazah Sarjana Muda Psikologi, bersama alumni UNIMEL, Nur Alieya Ellieyana binti Zaiwary bukan sekadar menyertai program ini tetapi mereka turun dengan misi: membaik pulih dapur komuniti, memperkenalkan teknologi AI kepada masyarakat dan meningkatkan kesedaran jenayah siber.
Ini bukan sekadar aktiviti sukarelawan tetapi manifestasi nilai H.E.R.O UNIMEL iaitu mahasiswa dibentuk secara holistik, membawa solusi inovatif seperti AI, bertanggungjawab menyumbang kepada masyarakat serta berani tampil mencipta impak di peringkat nasional.

Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL menegaskan bahawa inilah identiti sebenar mahasiswa yang telah dibentuk oleh universiti.
βMahasiswa UNIMEL bukan sekadar mengejar kecemerlangan akademik, tetapi dibentuk dengan nilai H.E.R.O untuk menjadi individu yang holistik, bertanggungjawab dan mampu memberi impak kepada masyarakat. Inilah kekuatan sebenar pendidikan di UNIMEL.β
Dari latihan intensif di Universiti Islam Melaka hingga ke pedalaman Sarawak, pengalaman ini membuktikan bahawa mahasiswa UNIMEL bukan hanya belajar untuk lulus tetapi belajar untuk memimpin, menyumbang dan mengubah realiti masyarakat.