KARNIVAL MENJULANG KESENIAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU 1.0 2025 PERKASA WARISAN BANGSA
Pemerkasaan seni dan warisan budaya Melayu terus diperkukuh menerusi penganjuran Karnival Menjulang Kesenian dan Kebudayaan Melayu 1.0 2025 yang berlangsung di Stadium Tariq Ziyad, Universiti Islam Melaka (UNIMEL).
Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Cik Ezlina binti Alias, Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka, dan turut dihadiri Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka, bersama barisan pengurusan universiti.
Program ini menampilkan pelbagai pengisian seni dan budaya termasuk persembahan silat, adat serta warisan tidak ketara Melayu, sekali gus menjadi platform penyatuan generasi muda, penggiat seni dan komuniti dalam memelihara identiti serta jati diri bangsa.
Penganjuran karnival ini selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan, khususnya SDG 11 β Bandar dan Komuniti Lestari melalui pemeliharaan warisan budaya, serta SDG 16 β Keamanan, Keadilan dan Institusi Kukuh, sejajar dengan aspirasi Kampus Sejahtera: UNIMEL Lestari dan Hijau.