Utama Berita Pelajar
🕐 07/02/2025 02:11 PM

BENGKEL TEKNIK ASSIGNMENT XPERT ANJURAN KELAB MAHASISWA UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH (LASCA)

Bengkel Teknik Assignment Xpert telah diadakan pada 07 Februari 2025 bertempat di Dewan Utama Fakulti Kejururawatan & Sains Kesihatan, Universiti Islam Melaka. Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Mahasiswa Undang-undang dan Syariah (LASCA) bagi menyuntik motivasi dan minat pelajar dalam menghasilkan assignment yang lebih baik. Program ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat, iaitu Saudara Muhammad Izdihar bin Idris selaku Presiden Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 25/26.

Pengisian bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Puan Fathin Shahirah binti Abd Rahim yang juga merupakan pensyarah bagi Fakulti Undang-undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa. Seramai 60 orang mahasiswa dan mahasiwi dari semester 1 dan 2 telah ikut serta dalam program kali ini.

Objektif utama program adalah bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa/i khususnya Diploma Undang-Undang, Diploma Perundangan Syariah dan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Syariah dalam menghasilkan assignment yang menepati kaedah penulisan Universiti Islam Melaka.

Secara keseluruhannya, Bengkel Teknik Assignmen Xpert ini telah diakhiri dengan sesi soal jawab dari para pelajar. Semoga segala wadah dari penceramah jemputan dapat memberi manfaat kepada seluruh para pelajar.