BENGKEL PENULISAN ILMIAH 2.0 ANJURAN BACHELOR OF SYARIAH LAW CLUB UNIVERSITI ISLAM MELAKA
Program Bengkel Penulisan Ilmiah 2.0 telah diadakan pada 04 Februari 2025 bertempat di Bilik MPP 1, Pusat Pelajar, Universiti Islam Melaka. Program ini dirasmikan oleh Puan Shahrina binti Romli iaitu Penyelaras Kelab Bachelor of Syariah Law Club (BOSLAC) dengan kehadiran tetamu kehormat, Aniq Hakimi bin Kamaruzaman, Yang Dipertua Law and Syariah Student Association (LASCA).

Penceramah jemputan, En Nur Mohd Iqzuan bin Samsudin, Pensyarah Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa, berkongsi ilmu dan pengalaman berharga tentang cara meningkatkan kualiti penulisan ilmiah.
Seramai 40 orang pelajar Sarjana Muda Perundangan Syariah yang melibatkan semua semester telah menyertai Bengkel Penulisan Ilmiah 2.0 ini. Objektif program adalah untuk membantu mahasiswa/i meningkatkan kemahiran penulisan ilmiah dengan memberi pendedahan tentang kaedah penulisan yang betul serta cara mendapat markah penuh dalam tugasan akademik.

Kesimpulannya, Bengkel Penulisan Ilmiah 2.0 ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan perkongsian serta pengalaman berharga daripada pensyarah. Melalui program ini, mahasiswa/i memperoleh manfaat besar untuk meningkatkan mutu penulisan ilmiah mereka selaras dengan kehendak akademik universiti.