ALUMNI CEMERLANG KATEGORI ANTARABANGSA
SHIFANS BIN RAUF berasal dari Sri Lanka merupakan alumni Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan, Kolej Universiti Islam Melaka (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL) bagi program Diploma Pengurusan Perhotelan pada tahun 2012.
Shifans kini merupakan Country Manager yang menjaga dan mengembangkan perniagaan berasaskan Teknologi Hotel untuk Wilayah Timur Tengah dan Afrika. Separuh dari kehidupan beliau dihabiskan diluar negera untuk mengejar cita-citanya. Beliau percaya bahawa ‘kejayaan bukan destinasi, tetapi merupakan sebuah perjalanan yang panjang’.
Sejurus selepas menamatkan pengajian, Shifans mula bekerja sebagai penyambut tetamu di Wyndham Hotel Group di Doha, Qatar. Di situ saya mempelajari dan mengetahui banyak ilmu mengenai operasi dan hasil. Kemudian saya telah berpindah ke Jabatan Tempahan dan Hasil dalam jangka masa yang sangat singkat dan dinaikkan pangkat sebagai Ejen Tempahan. Setelah satu tahun setengah di situ, beliau berpindah ke Dubai bekerja bersama Intercontinental Hotel Group sebagai Ejen Tempahan, di situ beliau mempelajari lebih mendalam mengenai e-Pengagihan dan pendapatan. Selang setahun kemudian, beliau berpindah semula ke Hotel Marriott Autograph Collection juga sebagai Agen Tempahan. Shifans telah mendapat peluang untuk menjadi penyelia tempahan di Frasers Hospitality Group di Dubai selama lebih kurang dua tahun. Selepas itu, beliau telah berpindah ke BM Hotels & Resorts sebagai Cluster Assistant Reservations & Revenue Manager.

Shifans berpeluang mengendalikan secara persendirian sebanyak 7 tempahan dan memperolehi begitu banyak pengetahuan mengenai pendapatan hotel, tempahan, dan e-pengedaran semasa bersama BM Hotels & Resorts. Reputasi cemerlang yang ditonjolkan menyebabkan pihak majikan telah menaikkan pangkatnya sebagai Cluster Reservations, Revenue dan E-Distribution Manager dalam masa setahun sahaja. Beliau juga telah mengetuai salah satu projek perkhemahan mesra alam yang dikenali sebagai “The Longbeach Campground” di utara Emirates. Setelah dua tahun bekerja dengan BM Hotels & Resorts, beliau telah memutuskan untuk mengubah karier dari industri perhotelan kepada teknologi berkaitan industri perhotelan dan bergabung dengan penyedia PMS (property management system) penyedia untuk MEA (Timur Tengah dan Afrika ) sebagai Country Manager sehingga kini.
Bercerita tentang pemilihan beliau dahulu untuk menyambung pengajian di KUIM (kini UNIMEL) berbanding dengan institusi pengajian lain di sebabkan oleh budaya dan nilai yang dipegang oleh KUIM (kini UNIMEL) yang dijanjikan kepada setiap pelajar yang mengikuti pengajian di sini. Memilih KUIM (kini UNIMEL) menjadi titik kepada perubahan besar dalam kehidupan saya, sehingga menjadi salah seorang yang penting di dalam industri perhotelan. Ini merupakan sumbangan saya selepas menamatkan pengajian dalam bidang perhotelan di KUIM (kini UNIMEL) .

Ketika berada di semester akhir di KUIM (kini UNIMEL) terutamanya di Fakulti Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan, saya telah mengelolakan satu projek sebagai ketua, di mana saya bertanggungjawab untuk menjaga setiap aspek projek yang dijalankan dan juga membentangkan dapatan projek yang di jalankan itu.
Dahulu saya mempunyai cita-cita untuk menjadi pengurus besar hotel pada suatu hari nanti. Tetapi selepas saya menyambung pengajian di KUIM (kini UNIMEL), saya bukan hanya menjadi pengurus di hotel tetapi saya bersyukur menjadi lebih baik dari itu iaitu menjadi country manager yang menguruskan dua wilayah besar di dunia.
DISTINGUISHED ALUMNUS – INTERNATIONAL CATEGORY
Shifans bin Rauf, from Sri Lanka, is an alumnus of the Faculty of Hospitality Management and Tourism, Kolej Universiti Islam Melaka (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL), having completed the Diploma in Hotel Management programme in 2012.
Shifans is currently a Country Manager responsible for overseeing and expanding a hotel technology business across the Middle East and Africa region. He has spent nearly half of his life abroad in pursuit of his ambitions. He firmly believes that “success is not a destination, but a long journey.”
Immediately after completing his studies, Shifans began his career as a receptionist at Wyndham Hotel Group in Doha, Qatar, where he gained extensive knowledge in hotel operations and revenue management. He was then quickly transferred to the Reservations and Revenue Department and promoted to Reservations Agent. After one and a half years, he moved to Dubai to join the InterContinental Hotels Group as a Reservations Agent, where he deepened his knowledge in e-distribution and revenue management. One year later, he transferred again to Marriott Autograph Collection Hotels, also as a Reservations Agent.
Shifans was later given the opportunity to serve as Reservations Supervisor at Frasers Hospitality Group in Dubai for approximately two years. Subsequently, he joined BM Hotels & Resorts as Cluster Assistant Reservations & Revenue Manager. During his tenure there, he managed up to seven properties independently and gained extensive experience in hotel revenue management, reservations, and e-distribution.
His outstanding performance led to his promotion within one year to Cluster Reservations, Revenue, and E-Distribution Manager. He also led an eco-friendly camping project known as “The Longbeach Campground” in the northern Emirates. After two years with BM Hotels & Resorts, he made a career transition from the hospitality industry to hospitality technology and joined a Property Management System (PMS) provider for the Middle East and Africa (MEA) region, where he currently serves as Country Manager.
Reflecting on his decision to pursue his studies at KUIM (now UNIMEL) instead of other institutions, he stated that it was influenced by the culture and values upheld by KUIM (now UNIMEL), which are instilled in every student who studies there. Choosing KUIM (now UNIMEL) marked a turning point in his life, eventually leading him to become a key figure in the hospitality industry. He considers this to be part of his contribution following the completion of his studies in hospitality at KUIM (now UNIMEL).
During his final semester at KUIM (now UNIMEL), particularly within the Faculty of Hospitality Management and Tourism, he led a project as the group leader, where he was responsible for managing all aspects of the project and presenting its findings.
He recalls that his childhood ambition was to become a hotel general manager one day. However, after studying at KUIM (now UNIMEL), he not only achieved a managerial position in the hotel industry but also progressed further, becoming a Country Manager overseeing two major regions of the world.