DISTINGUISHED ALUMNA – CORPORATE CATEGORY
Puan Hajah Noor Hadzlina binti Misbah, a native of Felda Sri Ledang, Segamat, Johor, is the seventh of ten siblings. She was inspired to pursue her studies at KUIM (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL) in the field of Nursing from 1995 to 1998 after being informed by a religious teacher from JAIM about the course offered at KUIM. She was part of the first cohort of the Diploma in Nursing programme. At that time, there were only 20 students enrolled in the programme, and the small number allowed lecturers to provide focused attention to each student. She also recalled that the dedication of the teaching staff, comprising lecturers and clinical nurses during both lectures and practical sessions, remains a valuable and cherished experience.

Sharing her experience, she recounted that she and her fellow students would travel by bus to attend classes at a college located in the town of Alor Gajah before relocating to the Graha Patriotika building in Tanjung Kling, Melaka, where they remained until the completion of their studies. Despite the challenges faced, these experiences strengthened her and her peers’ resilience in overcoming obstacles. All students at the time aspired to achieve excellence and consistently strived to uphold the good name of KUIM (now UNIMEL) in the field of education.
Upon completing her studies at KUIM (now UNIMEL), she served as a nurse at Hospital Southern Batu Pahat, Johor, from 1998 to 2003. She then moved to Melaka in 2004 and worked at a private haemodialysis centre until 2006. Having had a keen interest in business since a young age, she was inspired to establish her own haemodialysis services towards the end of 2006. Together with her husband, she successfully founded Sinar Haemodialysis Sdn. Bhd. Puan Hajah Noor Hadzlina binti Misbah currently holds the position of Chief Operating Officer at Sinar Haemodialysis Sdn. Bhd., which is based in Balai Panjang, Malim, Melaka. The company now operates 11 branches, comprising three in Melaka, four in Johor, one in Negeri Sembilan, two in Kuala Lumpur (in collaboration with Yayasan Al-Sultan Abdullah), and one in Yogyakarta, Indonesia.

Her experience studying at KUIM greatly assisted her in applying the knowledge acquired in her professional career, including valuable lessons in patience and responsibility as a nurse. Her time at KUIM also shaped her into a compassionate individual with a strong sense of social responsibility and strengthened her sense of human connection. According to her, the nursing programme significantly cultivates patience and the ability to understand patients through the practice of empathy. Today, a career in nursing is no longer regarded as a last resort, given its broad and secure career prospects. Many nurses have gone on to obtain degrees and even doctoral qualifications.
In addition, the inculcation of moral and human values was consistently emphasised throughout her three years of study at KUIM (now UNIMEL). Her outstanding achievements in the corporate sector serve as an inspiration for nurses to courageously venture into business related to their field of expertise.

ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KORPORAT
PUAN HAJAH NOOR HADZLINA BINTI MISBAH berasal dari Felda Sri Ledang, Segamat Johor merupakan anak ke 7 daripada 10 orang adik beradik. Beliau terpanggil untuk menyambung pengajian di KUIM (sekarang dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL) dalam bidang Kejururawatan dari tahun 1995 hingga 1998 setelah dimaklumkan oleh seorang Ustaz dari JAIM berkenaan kursus yang ditawarkan oleh KUIM (sekarang UNIMEL). Beliau merupakan pelajar kumpulan pertama kursus Diploma Kejururawatan. Pada ketika itu, jumlah pelajar yang mengikuti Diploma Kejururawatan adalah seramai 20 orang dan dengan bilangan pelajar yang sedikit tentunya dapat memberi manfaat yang sebaiknya kerana pensyarah dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar yang ada. Menurut beliau lagi, kesungguhan tenaga pengajar yang terdiri daripada pengajar dan Jururawat Klinikal semasa kuliah dan amali akan sentiasa disimpan sebagai pengalaman berharga.
Berkongsi pengalaman kepada penulis, beliau dan rakan-rakan akan menaiki bas untuk menghadiri kuliah di kolej yang terletak di bandar Alor Gajah sebelum berpindah ke Bangunan Graha Patriotika di Tanjung Kling, Melaka sehinggalah tamat pengajian. Walaupun terdapat kesukaran namun pengalaman tersebut telah menjadikan beliau dan rakan-rakan seperjuangan yang lain tabah dalam menghadapi segala rintangan. Semua pelajar ketika itu menginginkan yang terbaik dan sentiasa berusaha meningkatkan nama KUIM (sekarang UNIMEL) dalam bidang pendidikan.
Setelah tamat pengajian di KUIM (sekarang UNIMEL), beliau telah berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Southern Batu Pahat, Johor dari tahun 1998 sehingga 2003. Beliau berpindah ke Melaka pada tahun 2004 dan berkhidmat di sebuah pusat hemodialisis swasta di Melaka sehingga 2006. Beliau yang sememangnya meminati bidang perniagaan sejak dari kecil telah mendapat inspirasi bagi memulakan perkhidmatan hemodialisis pada penghujung tahun 2006. Beliau berjaya menubuhkan sebuah pusat hemodialisis bersama suaminya iaitu Sinar Haemodialysis Sdn Bhd. Puan Hajah Noor Hadzlina binti Misbah kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi di Sinar Haemodialysis Sdn Bhd yang berpusat di Balai Panjang, Malim, Melaka. Sinar Haemodialysis kini memiliki 11 buah cawangan iaitu 3 cawangan di Melaka, 4 cawangan di Johor, 1 cawangan di Negeri Sembilan, 2 cawangan di Kuala Lumpur (dengan kerjasama Yayasan Al-Sultan Abdullah) dan 1 cawangan di Yogyakarta, Indonesia.
Pengalaman belajar di KUIM, banyak membantu beliau mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam bidang pekerjaan termasuklah pengalaman berharga yang mengajar erti kesabaran dan tanggungjawab sebagai seorang jururawat. Pengalaman di KUIM sedikit sebanyak menjadi kan beliau seorang insan yang prihatin terhadap masyarakat dan mengukuhkan hubungan kemanusiaan. Menurut beliau lagi, program kejururawatan sebenarnya banyak membina sifat sabar dan sentiasa cuba memahami pesakit dengan mengamalkan sikap empati terhadap pesakit. Pada ketika ini, kerjaya dalam bidang kejururawatan bukanlah pilihan terakhir memandangkan prospek kerjaya yang luas dan terjamin. Terdapat ramai jururawat yang telah memiliki ijazah dan memegang gelaran doktor falsafah.
Selain daripada itu, penerapan nilai- nilai murni dan insaniah sentiasa diberi penekanan sepanjang pengajian beliau selama 3 tahun di KUIM (sekarang UNIMEL). Pencapaian cemerlang beliau dalam bidang korporat layak untuk dijadikan contoh kepada jururawat agar berani untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang berkaitan dengan bidang yang diceburi.