DISTINGUISHED ALUMNUS – UNIFORMED SERVICES CATEGORY
Choosing to pursue studies in Law and Shariah at KUIM (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL) proved to be a wise and well-considered decision for Nur Ayunis Syairah binti Mohamad Zaidi, a 2016 graduate of the Diploma in Law and Shariah programme. According to Ayu:
“My father was very satisfied with KUIM (now UNIMEL) as it places strong emphasis on Islamic values and, at the same time, enforces strict regulations that prevent students from engaging in unrestricted social interactions. Therefore, my father had no concerns about allowing his daughter to study far away in Melaka, as he was confident in her safety and well-being.”
Trust in KUIM (now UNIMEL) continues within her family, as her younger sister is currently pursuing a Diploma in Syariah Law at the Faculty of Law, Governance and International Relations, KUIM (now UNIMEL).

With the prayers and blessings of her family, along with her own determination throughout three years of study, Ayu was named to the Dean’s List recipient for three consecutive semesters from 2014 to 2016. After completing her studies in June 2016, she began receiving numerous interview invitations from SPA8 for the position of Assistant Legal Officer beginning in July 2016. Although she was unsuccessful in her first interview with the Railway Assets Corporation, Ayu did not give up easily and reminded herself that, “The first attempt is not necessarily the best, but it is the most meaningful in terms of experience and learning.” Not long after, she was appointed as an Assistant Legal Officer (PPUU) at the Gombak District and Land Office in May 2017.
She was entrusted with significant responsibilities, including overseeing the implementation of land law as the head of the Legal Division. Despite the challenges, she demonstrated resilience and courage in facing her duties. Ayu proactively expanded her professional network and shared knowledge with Assistant Legal Officers across various districts in Selangor, as well as Legal Officers at the Legal Adviser’s Chambers, Selangor State Secretary’s Office in Shah Alam. Her perseverance and dedication in handling land law cases led to her being awarded the Excellent Service Award 2017 by the Gombak District and Land Office.

In November 2018, Ayu was offered a position within the Federal Government as an Assistant Immigration Superintendent (Grade KP29) and later served as Deputy Assistant Director of Immigration. She is currently serving in the Prosecution Unit, Immigration Department of Malaysia (JIM), Putrajaya, as a Prosecuting Officer. She continues to develop her potential within JIM, and in 2019 she received departmental recognition for achieving the third-highest number of immigration prosecution cases within her department.
The journey of education and career of Nur Ayunis Syairah binti Mohamad Zaidi is hoped to serve as an inspiration to all, particularly female students of UNIMEL, that success in life is a personal choice. It is one’s own responsibility to take action and develop strategies to move forward and overcome every challenge along the path to success. She extends her deepest gratitude and appreciation to all lecturers and administrators of UNIMEL for being part of the driving force behind her achievements today.

ALUMNI CEMERLANG KATEGORI BADAN BERUNIFORM
Membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang Undang-undang dan Syariah di KUIM (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL) ternyata merupakan pilihan yang bijak dan tepat bagi NUR AYUNIS SYAIRAH BINTI MOHAMAD ZAIDI, graduan Diploma Undang-Undang dan Syariah tahun 2016. Menurut Ayu:
“Bapa saya sangat berpuas hati dengan KUIM (kini UNIMEL) kerana KUIM (kini UNIMEL) amat menitikberatkan nilai-nilai Islam sekaligus mewujudkan peraturan yang ketat untuk mahasiswa/ mahasiswi daripada bebas bersosial. Oleh yang demikian, bapa saya tidak bimbang melepaskan anak perempuannya belajar jauh di Melaka kerana yakin akan keselamatan diri anaknya ini”
Keyakinan terhadap KUIM (kini UNIMEL) masih diteruskan kerana kini adik perempuan Ayu pula sedang melanjutkan pengajian Diploma Perundangan Syariah di Fakulti Undang-Undang, Governan dan Hubungan Antarabangsa, KUIM (kini UNIMEL).
Berkat doa dan usaha gigih beliau sepanjang tempoh tiga tahun pengajian, Ayu tersenarai sebagai penerima Anugerah Dekan untuk tiga semester berturut-turut pada tahun 2014 hingga 2016. Setelah tamat pengajian pada Jun 2016, Ayu telah mula menerima banyak pelawaan temuduga daripada SPA8 untuk jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang mulai Julai 2016. Sungguhpun beliau tidak berjaya dalam temuduga pertamanya di Perbadanan Aset Kereta Api, Ayu tidak mudah berputus asa dan mengingatkan dirinya bahawa “Yang pertama bukanlah yang terbaik tetapi yang pertama itu merupakan nilai yang paling bermakna untuk pengalaman dan proses pembelajaran”. Tidak menunggu terlalu lama, akhirnya Ayu telah dilantik untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Undang-Undang (PPUU) di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak mulai Mei 2017.
Beliau juga memikul segala komitmen dan mengawal selia pelaksanaan perundangan tanah selaku ketua di Bahagian Perundangan. Namun ternyata beliau seorang yang cekal dan berani mengharungi cabaran. Ayu bertindak bijak mengambil inisiatif untuk meluaskan rangkaian pergaulan dan berkongsi ilmu dengan PPUU di daerah-daerah lain di Negeri Selangor dan juga Pegawai Undang-Undang (PUU) di Kamar Penasihat Undang-Undang, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Shah Alam. Kecekalan dan kesungguhan Ayu mengendalikan kes-kes perundangan tanah hasilnya beliau telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Pejabat Daerah dan Tanah Gombak pada tahun 2017.
Pada November 2018, Ayu telah menerima tawaran untuk berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan sebagai Penolong Penguasa Imigresen gred KP29 dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (TPPI). Kini, beliau berkhidmat di Unit Pendakwaan, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya sebagai Pegawai Pendakwa. Ayu terus menggilap potensi dirinya di JIM. Pada tahun 2019, beliau telah menerima penghargaan jabatan kerana berjaya memperoleh tempat ketiga tertinggi dalam pendakwaan kes imigresen di jabatan beliau.
Kisah perjalanan pengajian dan kerjaya Nur Ayunis Syairah binti Mohamad Zaidi ini diharapkan dapat menjadi sumber inspirasi kepada semua khususnya siswi UNIMEL bahawa untuk berjaya dalam hidup adalah pilihan diri sendiri. Diri sendirilah yang perlu bertindak dan mengatur strategi bagaimana mahu terus melangkah dan mengharungi setiap liku cabaran yang merentangi laluan untuk berjaya. Beliau merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada semua pensyarah dan pentadbir UNIMEL kerana menjadi sebahagian daripada pencetus kepada pencapaian beliau pada hari ini.