ALUMNI CEMERLANG KUIM KATEGORI NGO/SUKARELAWANCEMERLANG

MUKHLIS HAKIMI BIN MD HAYAZI merupakan alumni daripada Fakulti Keilmuan Islam dalam jurusan Diploma Syariah Islamiah. Dilahirkan di Hospital Alor Setar dan menetap di Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya (2004-2009) dan melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Bandar Baharu (2009-2014). Kemudian, anak muda ini berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang di KUIM (kini UNIMEL) pada September 2019. Kini, beliau seorang mahasiswa pengajian Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa, Universiti Sains Islam Malaysia.

Program-program keagamaan dan penerapan nilai-nilai murni yang diadakan di KUIM amat memberikan impak positif kepada Mukhlis untuk terus memperbaiki diri dan berupaya membangunkan potensi diri beliau melalui pengimarahan Masjid al-Ilmi, KUIM (kini UNIMEL). Gerak kerja pengurusan KUIM (kini UNIMEL) khususnya pentadbiran fakulti, barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) dilihat sangat teratur serta berupaya membantu kelab-kelap pelajar yang berdaftar di bawah HEPA untuk melaksanakan aktiviti atau program secara berskala kecil mahupun besar dengan menyokong penuh program-program yang dirancang.

Bertitik tolak dengan minat mengurus dan melaksanakan program-program berbentuk kesukarelaan, Mukhlis kini menyandang sebagai Presiden Sekretariat Fiqh dan Fatwa (SEKREFIFA) di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Malah, beliau menjadi ahli aktif Urus Setia Latihan Pembangunan Mahasiswa serta sukarelawan aktif YOSH MyFundAction dan Cinta Gaza Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pelaksana untuk Jelajah Rezeki Ummat Seberang Perai Utara, Pulau Pinang anjuran MyFundAction di mana, program ini diadakan pada 20-21 Mac 2021 yang lalu dengan mengumpulkan sukarelawan seramai 70 orang mahasiswa daripada Pulau Pinang dan Kedah dan lapan orang jawatankuasa pelaksana dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. Objektif pelaksanaan program adalah membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah serta kurang berkemampuan dan warga emas dengan menyasarkan 200 penerima manfaat terdiri daripada ibu tunggal, warga emas, asnaf, fakir, Orang Kelainan Upaya dan individu terjejas akibat Covid-19. Selain itu, beliau juga diamanahkan memegang jawatan sebagai Ketua Pelaksana di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Cinta Gaza Malaysia ketika meraikan Hari Kanser Negara pada 4 Februari 2021 yang lalu. Program ini memfokuskan tujuh orang penerima yang diuji dengan pelbagai jenis kanser. Di antara pengisian semasa program adalah menyampaikan sumbangan wang tunai, barangan dapur bagi meringankan beban mereka dalam urusan seharian serta kos perubatan dan ubatan susulan yang memakan kos yang amat tinggi.

Berbekalkan dorongan dan kata-kata motivasi daripada kedua ibu bapa beliau, tuntutan ilmu duniawi dan ukhrawi adalah menjadi keutamaan walaupun pelbagai kekangan yang dihadapi. Mukhlis meletakkan diri sebagai mahasiswa yang teguh pendirian dengan menjadikan kekangan masa kini sebagai pembakar semangat untuk beliau konsisten menghabiskan pengajian. “Kebanyakan para mahasiswa sekarang berada di kediaman masing-masing. Sehubungan itu, saya menyarankan kepada mahasiswa supaya menyertai aktiviti sukarelawan atau masyarakat agar kita dapat berkhidmat ummah. Apabila anda menyertai aktiviti berfaedah ini, secara tidak langsung kalian dapat tingkatan kemahiran insaniah contohnya kemahiran komunikasi, berfikiran kreatif dan menyelesaikan masalah. Manfaatkanlah masa pengajian sekarang sebagai bekalan di alam kerjaya nanti.”


DISTINGUISHED KUIM ALUMNUS – NGO/VOLUNTEER EXCELLENCE CATEGORY

Mukhlis Hakimi bin Md Hayazi is an alumnus of the Faculty of Islamic Studies, where he pursued a Diploma in Islamic Syariah. He was born at Hospital Alor Setar and resides in Kepala Batas, Pulau Pinang. He received his primary education at Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya (2004–2009) and continued his secondary education at Maktab Mahmud Bandar Baharu (2009–2014). He successfully completed his studies with distinction at KUIM (now known as UNIMEL) in September 2019. He is currently pursuing a Bachelor’s degree in Fiqh and Fatwa at Universiti Sains Islam Malaysia.

The religious programmes and the inculcation of noble values at KUIM had a profound positive impact on Mukhlis, motivating him to continuously improve himself and develop his potential through active involvement in activities of Masjid al-Ilmi at KUIM (now UNIMEL). The organisational structure and management of KUIM, particularly the faculty administration, the Student Representative Council (MPP), and the Student Affairs Division (HEPA), were well-coordinated and highly supportive of student clubs. This enabled registered clubs under HEPA to organise programmes and activities on both small and large scales with full institutional support.

Driven by his passion for organising and implementing volunteer-based programmes, Mukhlis currently serves as the President of the Secretariat of Fiqh and Fatwa (SEKREFIFA) at the Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia. He is also an active member of the Student Development Training Secretariat, as well as a dedicated volunteer with YOSH MyFundAction and Cinta Gaza Malaysia.

He was appointed as the Programme Director for Jelajah Rezeki Ummat in Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, organised by MyFundAction on 20–21 March 2021. The programme brought together 70 student volunteers from Pulau Pinang and Kedah, along with eight organising committee members from various public and private higher education institutions across Malaysia. The initiative aimed to alleviate the burden of low-income and underprivileged groups, as well as senior citizens, by reaching 200 beneficiaries, including single mothers, the elderly, asnaf, the poor, persons with disabilities, and individuals affected by the COVID-19 pandemic.

In addition, he was entrusted to serve as Programme Director for an initiative in Seberang Perai Utara organised by Cinta Gaza Malaysia in conjunction with World Cancer Day on 4 February 2021. This programme focused on assisting seven individuals diagnosed with various types of cancer. Among the activities carried out were the distribution of financial aid and essential food supplies to help ease their daily burdens, including the high costs of medical treatment and follow-up care.

With strong encouragement and motivational support from his parents, Mukhlis places great importance on both worldly and spiritual knowledge despite the various challenges he has faced. He remains steadfast in his principles, using present constraints as a source of motivation to consistently pursue and complete his studies.

He also advises fellow students:
“Most students today are at home. Therefore, I encourage students to participate in volunteer or community activities so that we can serve the ummah. By engaging in such beneficial activities, you will indirectly enhance your soft skills, such as communication, creative thinking, and problem-solving. Make full use of your time as a student as preparation for your future career.”