ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KEUSAHAWANAN
MUHAMMAD ZAID AMEER BIN ZAINI merupakan anak jati Kuala Lumpur yang dilahirkan pada tanggal 6 Mac 1993. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau meneruskan pengajian di peringkat diploma dalam Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam (2011-2014) di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL). Demi meneruskan cita-cita untuk menggenggam segulung ijazah, beliau menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Pembangunan Islam (2015-2018) juga di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL).
Setelah bergraduasi pada 2018, beliau memulakan kerjaya pertama berkhidmat di Madrasah Hasaniah Islamiah Negeri Sembilan sebagai pengurus madrasah selama 3 bulan sebelum memohon untuk berhenti kerana perlu berhijrah ke Pahang untuk menjaga mertua. Setelah itu beliau memulakan perniagaan membantu isteri dalam perniagaan Dessert & Pastry secara kecil-kecilan di rumah sebelum akhirnya membuat keputusan untuk bekerja dalam sektor swasta di sebuah syarikat yang mengeluarkan produk kesihatan makanan tambahan.

Dengan pengalaman berniaga dan bekerja di sektor swasta selama 2 tahun, anak kedua daripada enam adik beradik ini mula menubuhkan syarikat Sendirian Berhad yang pertama pada tanggal 11 November 2019 dengan mengeluarkan produk kesihatan jenama Arabic Gold Juice. Sehingga kini, kejayaan yang sangat membanggakan apabila beliau telah mempunyai 23 orang pekerja, 3 cawangan pejabat di Pahang dan Selangor serta bilangan pengedar menghampiri 100 orang di seluruh Malaysia termasuk di Indonesia.
Menyoroti kejayaan Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif DICCI Group Sdn Bhd, syarikat miliknya berjaya mencapai jualan RM1.3 Juta yang pertama pada tahun pertama perniagaan. Kejayaan bermakna juga buat syarikat beliau apabila dapat berkolaborasi dengan artis terkenal tanah air iaitu Dato Hattan sebagai pengguna, duta dan pengedar produk jualan syarikatnya. Di usia 28 tahun, ini semua adalah kejayaan yang sangat membanggakan termasuklah apabila beliau sendiri muncul dalam rancangan Assalamualaikum di TV Al Hijrah untuk mempromosikan produk keluaran syarikatnya. Disebabkan perniagaan mendapat sambutan luar biasa, kini beliau telah menambah dua lagi kilang untuk pengeluaran produk secara berskala besar.

Sebagai alumni KUIM (kini UNIMEL), beliau melihat KUIM (kini UNIMEL) ini sebagai ‘Bumi Tarbiyyah” dengan persekitaran yang baik dan suasana yang islamik. Walaupun pada asalnya beliau hanya ingin menyambung pengajian di peringkat diploma sahaja, namun pengalaman sepanjang pengajian diploma banyak membentuk jati diri dan kekuatan diri sehingga menjadi batu loncatan kepadanya untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda juga di KUIM (kini UNIMEL).
Muhammad Zaid Ameer yang turut sinonim sebagai pelajar yang mempunyai keperibadian yang baik dalam kalangan pensyarah dan rakan-rakan juga turut menitipkan pesanan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi KUIM (kini UNIMEL) untuk menjadikan pengalaman sepanjang tempoh belajar di KUIM (kini UNIMEL) sebagai medan untuk menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan untuk membentuk jati diri sebagai seorang mahasiswa yang sebenar. Beliau menasihati semua pelajar KUIM (kini UNIMEL) untuk tidak hanya belajar di dalam kelas semata-mata sebaliknya turut melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan dan program-program yang dianjurkan oleh pihak kolej. Akhir pesan dari beliau, “UNIMEL ini ‘Bumi Tarbiyyah’, serahkan diri di ‘Bumi Tarbiyyah’ ini agar dapat kenal potensi dan jati diri, kelak jadi orang berguna kepada keluarga dan masyarakat”

DISTINGUISHED ALUMNUS – ENTREPRENEURSHIP CATEGORY
Muhammad Zaid Ameer bin Zaini is a native of Kuala Lumpur, born on 6 March 1993. After completing his Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), he pursued his diploma studies in Islamic Management and Administration (2011–2014) at Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL). Determined to fulfil his aspiration of obtaining a degree, he continued his studies at the Bachelor’s level in Islamic Development Management (2015–2018), also at KUIM (now UNIMEL).
Upon graduating in 2018, he began his career as a madrasah manager at Madrasah Hasaniah Islamiah Negeri Sembilan as a madrasah manager for three months before resigning due to the need to relocate to Pahang to care for his in-laws. Subsequently, he ventured into business by assisting his wife in a small-scale home-based dessert and pastry enterprise before deciding to work in the private sector at a company producing health supplement products.
With two years of experience in business and the private sector, the second of six siblings established his first private limited company on 11 November 2019, producing health products under the brand Arabic Gold Juice. To date, he has achieved remarkable success, employing 23 staff members, operating three office branches in Pahang and Selangor, and building a network of nearly 100 distributors across Malaysia, including Indonesia.
As the Founder and Chief Executive Officer of DICCI Group Sdn. Bhd., his company recorded its first RM1.3 million in sales within its first year of operation. Another significant milestone was the collaboration with renowned Malaysian artist Dato’ Hattan, who became a user, ambassador, and distributor of the company’s products. At the age of 28, these accomplishments are indeed commendable, including his appearance on the television programme Assalamualaikum on TV AlHijrah to promote his company’s products. Due to overwhelming demand, he has since expanded operations by establishing two additional factories for large-scale production.
As an alumnus of KUIM (now UNIMEL), he regards the institution as a “Bumi Tarbiyyah” (a nurturing ground), characterised by a positive environment and strong Islamic atmosphere. Although he initially intended to pursue only a diploma, his experiences during his studies significantly shaped his character and inner strength, ultimately becoming the foundation that motivated him to continue to the Bachelor’s degree level at KUIM (now UNIMEL).
Muhammad Zaid Ameer, who is also recognised among lecturers and peers for his commendable character, offers advice to all KUIM (now UNIMEL) students to utilise their time at the university as an opportunity to gain experience and develop leadership skills in shaping their identity as true undergraduates. He encourages students not to focus solely on classroom learning but also to actively participate in student associations and programmes organised by the institution. His final message is: “UNIMEL is a ‘Bumi Tarbiyyah’. Entrust yourself to this nurturing ground so that you may discover your potential and identity, and ultimately become a person of value to your family and society.”