ALUMNI CEMERLANG KATEGORI STAF
“Keberkatan ilmu yang diperoleh daripada guru sangat penting bagi memastikan ilmu yang kita dapat diredhai Allah SWT. Bagi seorang yang bergelar pelajar, keberkatan ilmu sangat perlu dititikberatkan”. Ini merupakan prinsip yang dipegang oleh seorang alumni KUIM (kini UNIMEL) yang bernama MUHAMMAD IQBAL ZAHIN BIN ISMAIL. Beliau merupakan alumni dalam Diploma Undang-Undang Syariah pada tahun 2010 yang berasal daripada Jengka, Pahang. Lahir dalam keluarga pendidik, Iqbal merupakan anak sulung daripada dua orang adik beradik. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jengka 16 dan tamat belajar tahun enam pada usia 11 tahun kerana mengikuti Penilaian Tahap Satu (PTS). Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, Kuantan dalam aliran Sains Tulen. Meskipun mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam aliran Sains beliau memilih untuk menyambung pengajian dalam bidang yang menjurus kepada bidang Pengajian Islam kerana minat yang mendalam. Beliau akhirnya memilih untuk ke Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) yang kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka (UNIMEL) dalam jurusan Diploma Undang Undang Syariah dari Fakulti Pengajian Islam.

Iqbal Zahin mempunyai minat dan kemahiran dalam kepimpinan dan sangat aktif dalam aktiviti persatuan pelajar di KUIM (kini UNIMEL). Beliau pernah menjawat jawatan Exco Dakwah dan Disiplin, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ketika itu. Di atas komitmen dan kualiti yang ada, beliau dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul (Pelajar Lelaki) pada tahun 2010. Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti MPP beliau berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang sehingga dianugerahkan Anugerah Naib Canselor.
Sejurus tamat pengajian, beliau diterima bertugas sebagai Pegawai Agama, di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), KUIM dan kemudian di pindahkan ke Pejabat Pendaftar selama lapan tahun dan kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Sumber Manusia. Kesibukan dalam kerjaya tidak mematahkan semangat beliau untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan kini dalam pengajian Doktor Falsafah (PhD). Beliau mempunyai matlamat untuk menamatkan pengajian PhD sebelum berumur 35 tahun bersama isteri beliau.

Menjawab persoalan mengenai mutu pengajian di KUIM , beliau menjawab dengan sebuah kenangan pada tahun 2014 dimana beliau telah berjaya dalam temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai Penolong Pegawai Undang-Undang di bawah Jabatan Peguam Negara. Ketika menghadiri sesi pengenalan, sebahagian besar yang berjaya dalam sesi temuduga adalah alumni KUIM (kini UNIMEL). Ramai juga rakan sepengajian beliau yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Tinggi Diplomatik (PTD), Penolong Pendaftar di Mahkamah Syariah dan lain-lain. Menurut beliau, pensyarah di KUIM merupakan mereka berpendidikan dan berpengalaman dalam lapangan masing-masing. Inilah yang membantu menjadikan program di KUIM (kini UNIMEL) berkualiti. Beliau berjaya mendapat jawatan tersebut namun menolak jawatan yang diterima untuk kekal berkhidmat di KUIM (kini UNIMEL) kerana minat yang mendalam dalam bidang syariah dan beliau tidak pernah menyesal dengan keputusan tersebut.
Pesanan beliau kepada semua agar menghormati semua guru dan pensyarah yang pernah mencurahkan ilmu kepada kita kerana keredhaan dan doa daripada merekalah yang membantu kejayaan kita pada masa hadapan.
DISTINGUISHED ALUMNI – STAFF CATEGORY
“The blessings (barakah) of knowledge acquired from teachers are essential to ensure that the knowledge we gain is blessed by Allah SWT. For a student, the blessings of knowledge must always be given utmost importance.”
This principle is upheld by an alumnus of Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), now known as Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Muhammad Iqbal Zahin bin Ismail. He graduated with a Diploma in Syariah Law in 2010 and hails from Jengka, Pahang.
Born into a family of educators, Iqbal is the eldest of two siblings. He received his early education at Sekolah Kebangsaan Jengka 16 and completed his primary education at the age of 11 after undertaking the Penilaian Tahap Satu (PTS). He then continued his secondary education at Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah, Kuantan, in the pure science stream.
Despite achieving commendable results in the science stream, his deep interest in Islamic Studies led him to pursue a different path. He chose to further his studies in Islamic Studies by enrolling in the Diploma in Syariah Law programme at Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM), now known as Universiti Islam Melaka (UNIMEL), under the Faculty of Islamic Studies.
Iqbal Zahin possesses strong leadership qualities and was actively involved in student association activities during his time at KUIM (now UNIMEL). He served as the Exco for Dakwah and Discipline in the Student Representative Council (MPP). In recognition of his commitment and exemplary character, he was awarded the Maulidur Rasul Icon Award (Male Student Category) in 2010. Despite his active involvement in MPP activities, he excelled academically and was honoured with the Vice-Chancellor’s Award.
Upon completing his studies, he was appointed as a Religious Officer in the Student Affairs Division (HEP) at KUIM. He was later transferred to the Registrar’s Office, where he served for eight years, and currently holds the position of Director of Human Resources. Despite his demanding career, he remains committed to furthering his education, having pursued studies at the Bachelor’s and Master’s levels, and is currently undertaking a Doctor of Philosophy (PhD). He aims to complete his PhD before the age of 35, alongside his wife.
In response to questions regarding the quality of education at KUIM, he recalled a significant experience in 2014, when he successfully passed the Public Service Commission (SPA) interview process for the position of Assistant Legal Officer under the Attorney General’s Chambers. During the orientation session, he observed that a majority of successful candidates were KUIM (now UNIMEL) alumni. Many of his former peers are now serving as Administrative and Diplomatic Officers (PTD), Assistant Registrars in the Syariah Courts, and in various other professional roles.
According to him, KUIM lecturers are highly educated and experienced in their respective fields, which contributes significantly to the quality of the programmes offered. Although he was offered the position, he chose to decline it in order to continue serving at KUIM (now UNIMEL), driven by his deep passion for the field of Syariah. He has never regretted that decision.
He advises everyone to always respect the teachers and lecturers who have imparted knowledge to us, as it is their blessings and prayers that contribute to our success in the future.