ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KORPORAT
merupakan Anak jati Melaka adalah alumni tahun 2011 dalam Diploma Undang-undang dan Syariah (DUUS), Fakulti Pengajian Islam, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) (sekarang dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL). Dua faktor utama Ehsan memilih pengajian di KTIAM (sekarang UNIMEL) pada waktu itu adalah disebabkan nama KTIAM (sekarang UNIMEL) yang begitu dekat dalam hatinya kerana beliau sekeluarga tinggal di Kuala Sungai Baru dan berjiran dengan sekumpulan pelajar-pelajar KTIAM (sekarang UNIMEL) yang akhirnya menjadi guru mengaji kepada Ehsan dan minat yang mendalam terhadap bidang undang-undang hasil pengaruh siri drama televisyen popular pada waktu itu iaitu drama Law and Order dan Gerak Khas.
Mengimbas kembali pengalaman beliau ketika mengikuti pengajian di KTIAM/KUIM (sekarang UNIMEL), Ehsan mengakui bahawa suasana dan sistem pembelajaran yang dilaksanakan telah berjaya membentuk keperibadian dan jati diri beliau dan rakan-rakan yang lain khususnya dalam mengimbangi antara pencapaian akademik dan pemantapan rohani. Menurut beliau lagi, antara pensyarah yang amat disenangi dan dikagumi pada waktu itu ialah Encik Fabli bin Yusof, pensyarah Undang-undang Sivil yang bukan sahaja memfokuskan pengajaran berkaitan Undang-undang Sivil, bahkan turut memberi penekanan dari sudut perundangan Syariah apabila mengupas sesuatu isu yang dikemukakan. Beliau juga sangat menghormati Puan Marina binti Abdul Manap, yang pada hemat beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat berdisiplin, profesional dan berdedikasi dalam menyampaikan pengajarannya misalnya mempunyai minat yang tinggi dalam membentuk potensi pelajar dan mempunyai kelebihan menyusun maklumat dan bahan-bahan pengajarannya supaya mudah difahami oleh pelajar-pelajarnya.

Ehsan pernah bertugas sebagai Legal Supervisor dan Paralegal di Legal Division, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Group of Companies sehingga Disember 2014. Selanjutnya pada Januari 2015, Ehsan ditawarkan jawatan Eksekutif Corporate Secretarial di Dialog Group Berhad dan berkhidmat di sana selama lebih kurang tiga (3) tahun iaitu sehingga Disember 2017.
Bagi memastikan angan-angan zaman kanak-kanaknya menjadi realiti, Ehsan nekad berhenti kerja dan mengikuti pengajian sepenuh masa Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) di UiTM Shah Alam pada tahun 2018. Setelah tamat pengajiannya, Ehsan telah mengikuti Latihan Dalam Kamar (Chambering) di Tetuan Liza Chan & Co di bawah kendalian Yang Arif Liza Chan (kini sebagai Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.) Akhirnya, pada Oktober 2020, Ehsan telah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya dan seterusnya mula berkhidmat di firma guaman Tetuan Liza Chan & Co sebagai Peguambela dan Peguamcara. Kini, Muhammad Ehsan bin Nasaruddin telah mendaki setingkat lagi tangga kejayaan apabila berjaya menubuhkan firma guamannya sendiri, Tetuan Ehsan & Yeo mulai 6 Mac 2021. Firma guaman ini menawarkan perkhidmatan guaman berkaitan dengan saman sivil, jenayah, korporat dan hartanah.

Sebagai mencetus inspirasi dalam mengharungi liku-liku perjalanan menuju kejayaan, Ehsan mengingatkan bahawa kunci utama untuk seseorang pelajar itu berjaya selain daripada doa ibu bapa, adalah melalui minat yang mendalam, semangat juang yang tinggi untuk berhadapan dengan cabaran, kesanggupan untuk berkorban masa dan material juga disiplin tinggi untuk sentiasa fokus dan perancangan yang sistematik. Menurut beliau, semua kualiti ini beliau perolehi sewaktu melanjutkan pengajian DUUS di KTIAM/KUIM (sekarang UNIMEL) dan masih diamalkan sehingga kini.
DISTINGUISHED ALUMNUS – CORPORATE CATEGORY
Muhammad Ehsan bin Nasaruddin, a native of Melaka, is a 2011 alumnus of the Diploma in Law and Shariah (DUUS), Faculty of Islamic Studies, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL). Two main factors influenced Ehsan’s decision to pursue his studies at KTIAM (now UNIMEL) at the time. Firstly, the institution held a special place in his heart as he and his family lived in Kuala Sungai Baru and were neighbours to a group of KTIAM students, who later became his Qur’an tutors. Secondly, his deep interest in the field of law was inspired by popular television drama series at the time, namely Law and Order and Gerak Khas.
Reflecting on his experience during his studies at KTIAM/KUIM (now UNIMEL), Ehsan acknowledged that the learning environment and system implemented had successfully shaped his personality and identity, particularly in balancing academic achievement with spiritual development. He also recalled with admiration several lecturers who left a lasting impression on him. Among them was Encik Fabli bin Yusof, a Civil Law lecturer who not only focused on Civil Law but also incorporated Shariah legal perspectives when discussing various issues. He also held great respect for Puan Marina binti Abdul Manap, whom he regarded as a highly disciplined, professional, and dedicated lecturer. She demonstrated a strong commitment to nurturing students’ potential and possessed the ability to organise teaching materials in a manner that was easily understood by her students.
Ehsan previously served as a Legal Supervisor and Paralegal in the Legal Division of Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Group of Companies until December 2014. In January 2015, he was offered the position of Executive in Corporate Secretarial at Dialog Group Berhad, where he served for approximately three years until December 2017.
Determined to realise his childhood aspirations, Ehsan made the bold decision to resign from his position and pursue a full-time Bachelor of Laws (Hons) at UiTM Shah Alam in 2018. Upon completing his studies, he undertook his chambering at Messrs Liza Chan & Co under the supervision of the Honourable Liza Chan (now a Judicial Commissioner of the High Court of Kuala Lumpur). Subsequently, in October 2020, he was admitted as an Advocate and Solicitor of the High Court of Malaya and began practising at Messrs Liza Chan & Co.
Today, Muhammad Ehsan bin Nasaruddin has advanced further in his career by establishing his own legal firm, Messrs Ehsan & Yeo, on 6 March 2021. The firm provides legal services in civil litigation, criminal matters, corporate law, and property law.
As a source of inspiration in navigating the challenges towards success, Ehsan emphasises that the key to a student’s success—beyond the prayers of one’s parents—lies in having a deep passion, strong perseverance in facing challenges, a willingness to sacrifice time and material comforts, as well as maintaining high discipline, sustained focus, and systematic planning. According to him, all these qualities were cultivated during his studies in the DUUS programme at KTIAM/KUIM (now UNIMEL) and continue to guide him to this day.