ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KORPORAT
‘Jika orang lain boleh lakukan, saya pun boleh;’kata-kata ini menjadi prinsip hidup MUHAMAD SABRI BIN JAMALUDIN. Lelaki hebat ini seorang yang cekal dan kental dalam mencapai impiannya. Beliau tidak pernah berputus asa dan baginya tiada perkara yang mustahil selagi beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh. Anak Jati Negeri Sembilan ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Petaseh (B), Jelebu, Negeri Sembilan ,Sekolah Menengah Agama Repah, Tampin dan Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seterusnya Sabri melanjutkan pengajian di peringkat Asasi di Universti Malaya sebelum meneruskan pengajiannya di Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Psikologi.
Setelah bergraduasi beliau mengikuti Latihan sebagai mutawwif bersama Imtiyaz Travel Sdn Bhd. Oleh kerana kecintaannya terhadap ilmu sangat tinggi, maka Sabri akhirnya berjaya memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA), KUIS. Biarpun agak sibuk dengan kerjayanya sebagai Mutawwif pada ketika itu, namun Sabri tekad untuk meneruskan pengajian hingga berjaya. Ketika artikel ini ditulis, Sabri sedang menyambung pengajiannya di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di ACIS UiTM dalam bidang Pengajian Islam Kontemporari.

Sabri memilih KUIM (kini UNIMEL) sebagai pusat pengajian ijazah pertamanya kerana beliau sangat tertarik dengan persekitaran KUIM (kini UNIMEL) yang bukan sahaja meliputi keindahan persekitaran yang berdekatan pantai. Di samping itu amalan dan budaya kerohanian yang diamalkan di Kolej Komuniti Islam Melaka (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka) turut menjadi faktor beliau meneruskan pengajian di sini. Salah satu daripada amalan yang dibudayakan di KUIM (kini UNIMEL) ialah amalan membaca doa sebelum dan selepas kuliah.
Hari ini Sabri telah bergelar seorang Pengarah Urusan & Ketua Penyelidik, Mutawwif Global Events and Training. Berpegang kepada prinsip prinsip jika orang lain boleh melakukannya begitu juga dirinya maka dia tidak pernah berputus asa untuk mencapai apa yang dikehendakinya.

Selain itu, salah satu faktor kejayaan beliau ialah selalu meletakkan kedudukan pensyarah di kedudukan yang tertinggi dan memberi penghormatan yang sewajarnya kepada mereka. Maka tidak hairanlah Sabri telah berjaya dengan cemerlang dengan keputusan kelas pertama semasa menuntut di KUIM (kini UNIMEL).
Beliau berpandangan bahawa UNIMEL adalah satu pusat pengajian yang mendedahkan pelajar dengan kemahiran berkomunikasi dalam membina sahsiah diri. Para pelajar akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang mendekatkan mereka dengan masyarakat. Menerusi program kemasyarakatan, beliau dapat melihat kehebatan para pelajar UNIMEL sebagai mentor dan fasilitator yang menyumbang semangat dan motivasi kepada para peserta. Inilah sebenarnya keistimewaan di UNIMEL yang mana membekalkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran bukan sahaja dari sudut akademik malahan dalam membina jati diri mereka
DISTINGUISHED ALUMNUS – CORPORATE CATEGORY
“If others can do it, I can do it too,” this principle has become the guiding philosophy of Muhamad Sabri bin Jamaludin. A determined and resilient individual, he has never given up on his dreams and firmly believes that nothing is impossible as long as one strives with full dedication.
A native of Negeri Sembilan, he received his early education at Sekolah Kebangsaan Petaseh (B), Jelebu, Negeri Sembilan, followed by Sekolah Menengah Agama Repah, Tampin, and Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah, Negeri Sembilan. He later pursued his foundation studies at Universiti Malaya before continuing his Bachelor’s degree in Psychology at Kolej Universiti Islam Melaka (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL).
After graduating, he underwent mutawwif training with Imtiyaz Travel Sdn. Bhd. Due to his strong passion for knowledge, Sabri eventually obtained a Master of Business Administration (MBA) from KUIS. Despite his busy career as a mutawwif at the time, he remained committed to completing his studies. At the time of writing, Sabri is pursuing his Doctor of Philosophy (PhD) at ACIS, UiTM in Contemporary Islamic Studies.
Sabri chose KUIM (now UNIMEL) as the institution for his first degree because he was deeply attracted to its environment, which not only offered scenic surroundings near the beach but also a strong spiritual culture. In addition, the religious practices and traditions at Kolej Universiti Islam Melaka (now known as Universiti Islam Melaka), such as the practice of reciting prayers before and after lectures, were also key factors that influenced his decision to continue his studies there.
Today, Sabri serves as the Managing Director and Chief Researcher of Mutawwif Global Events and Training. Guided by his belief that if others can achieve something, he can too, he has never given up in pursuing his goals.
Another factor contributing to his success is his consistent respect and high regard for his lecturers. He always places his lecturers in the highest esteem and gives them the honour they deserve. It is therefore no surprise that he achieved excellent academic results, graduating with First-Class Honours at KUIM (now UNIMEL).
He views UNIMEL as an institution that exposes students to communication skills essential for personality development. Students are also actively engaged in community-based activities that bring them closer to society. Through these programmes, he witnessed the excellence of UNIMEL students as mentors and facilitators who provide encouragement and motivation to participants. This, in his view, is one of the unique strengths of UNIMEL, as it equips students not only with academic knowledge but also with essential skills in shaping their character and identity.