ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KORPORAT

MOHD ALIF IZWAN BIN ZAINUDIN merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perbankan Kewangan Islam dengan Kepujian (SMPKI) yang bergraduasi pada tahun 2016. Walaupun merupakan anak sebagai seorang peneroka di felda itu tidak menjadi halangan kepada beliau untuk berusaha gigih mencapai cita-cita. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Triang 01. Seterusnya mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Teknik Chenor, Pahang. Setelah tamat Siji Pelajaran Malaysia (SPM), beliau terus menyambung pengajian di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Dengan tekad yang tinggi, beliau meneruskan langkah untuk menggapai cita-cita dengan menyambung pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Perbankan dan Kewangan Islam di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL). Setelah tamat pengajian di KUIM, beliau selanjutnya menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Teknologi Mara (UITM Shah Alam) dalam bidang Kewangan dan Perbankan Islam.

Setelah tamat pengajian, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. Semasa berkhidmat sebagai pendidik di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, beliau telah diberi amanah dan tanggungjawab untuk memikul tugas sebagai Ketua Jabatan program Diploma Perancangan Kewangan Islam. Dengan berbekalkan pengalaman semasa belajar di KUIM (kini UNIMEL) dan di UiTM, beliau menggalas tanggungjawab yang diberikan untuk mendidik anak bangsa dan menguruskan program dengan sepenuh jiwa dan raga. Setelah tiga tahun berkhidmat sebagai pendidik, insan berjiwa besar ini telah mendapat tawaran berkhidmat sebagai Pegawai Operasi Bank Rakyat di cawangan Bera, Pahang. Selain berkhidmat sebagai Pegawai Operasi, beliau juga kini merupakan ahli Ethics in Banking di Asian Banking School. 

Menurut Mohd Alif Izwan, antara penyebab utama beliau memilih KUIM (kini UNIMEL) sebagai pilihan utama untuk menyambung pelajaran diperingkat Ijazah Sarjana Muda adalah disebabkan oleh persekitaran di KUIM (kini UNIMEL) yang kondusif dan stategik. Suasana yang tenang dan harmoni di KUIM (kini UNIMEL) sangat sesuai untuk sesi pembelajaran bagi semua penuntut ilmu.  Beliau merupakan  seorang pelajar yang sangat aktif di kolej dan memegang beberapa jawatan penting antaranya sebagai Exco Sukan dan Rekreasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Exco Sukan dan Rekreasi Akademi Pengajian Islam (API) dan Pengerusi Persatuan Ijazah Sarjana Muda Perbankan dan Kewangan Islam (SMPKI). Dalam kesibukan aktiviti pelajar, beliau tetap berjaya menyeimbangkan antara pelajaran dan aktiviti persatuan dengan sebaiknya. 

Titipan nasihat kepada semua mahasiswa dan mahasiswi agar tidak mudah berputus-asa semasa menuntut ilmu walau apa jua ujian mendatang kerana itulah yang akan menjadi kenangan terindah apabila telah meninggalkan dunia kolej. Prinsip hidup beliau sebagai pelajar turut dikongsikan kepada semua mahasiwa-mahasiswi UNIMEL – “Bukan ‘A’ yang kita kejar, tetapi ilmu yang kita cari, pasti ‘Anugerah Dekan’ akan ikuti”. 


DISTINGUISHED ALUMNUS – CORPORATE CATEGORY

Mohd Alif Izwan bin Zainudin is a graduate of the Bachelor of Islamic Banking and Finance (Hons) programme (SMPKI), having graduated in 2016. Despite being the son of a FELDA settler, this did not hinder him from striving diligently to achieve his ambitions. He received his early education at Sekolah Kebangsaan Felda Triang 01, followed by his secondary education at Sekolah Menengah Teknik Chenor, Pahang. After completing his Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), he continued his studies at the Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) level at Sekolah Menengah Teknik Kuantan. With strong determination, he pursued his aspiration by enrolling in a Bachelor’s degree in Islamic Banking and Finance at Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL). Upon completing his undergraduate studies at KUIM, he furthered his education at the Master’s level at Universiti Teknologi MARA (UiTM Shah Alam) in Islamic Finance and Banking.

After graduating, he served as a lecturer at Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka. During his tenure as an educator, he was entrusted with the responsibility of serving as the Head of Department for the Diploma in Islamic Financial Planning programme. Drawing upon his experience at KUIM (now UNIMEL) and UiTM, he carried out his responsibilities with full dedication in educating students and managing the programme. After three years in academia, he was offered a position as an Operations Officer at Bank Rakyat, Bera branch, Pahang. In addition to his role as an Operations Officer, he is also a member of Ethics in Banking at the Asian Banking School.

According to Mohd Alif Izwan, one of the main reasons he chose KUIM (now UNIMEL) as his preferred institution for undergraduate studies was its conducive and strategic environment. The calm and harmonious atmosphere at KUIM (now UNIMEL) provided an ideal setting for learning. He was also a highly active student, holding several important positions, including Executive Committee Member for Sports and Recreation in the Student Representative Council (MPP), Executive Committee Member for Sports and Recreation in the Academy of Islamic Studies (API), and Chairman of the Bachelor of Islamic Banking and Finance Association (SMPKI). Despite his active involvement in student activities, he successfully maintained a strong balance between academic commitments and organisational responsibilities.

In his message to all students, he advises them not to lose hope while pursuing knowledge, regardless of the challenges they may face, as these experiences will become the most cherished memories after leaving university life. He also shares his personal principle with UNIMEL students: “It is not the ‘A’ that we pursue, but the knowledge we seek—then the Dean’s Award will surely follow.”