ALUMNI CEMERLANG KAKITANGAN AWAM

MOHAMMAD SHAYFFIQ BIN IDRIS merupakan alumni KUIM (kini UNIMEL) yang memperoleh Ijazah Kelas Pertama pada tahun 2014. Dilahirkan di Hospital Segamat pada 27 April 1990, beliau kini memegang jawatan sebagai Pengurus Kes di PERKESO Segamat, Johor.

Beliau merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Psikologi yang tanpa ragu telah memilih KUIM (kini UNIMEL) sebagai institusi untuk menyambung pengajian kerana menganggap KUIM (kini UNIMEL) sangat sistematik dalam pengkhususan bidang pengajian dan menepati pasaran buruh, selain mempunyai aktiviti-aktiviti kerohanian yang padat dan persatuan pelajar yang aktif dan mampu membina kemahiran interpersonal mahasiswa/i.

Beliau juga berpendapat bahawa bidang pengajian yang diambil sangat berkait rapat dengan tugas yang disandangnya kini kerana beliau sentiasa berhadapan dengan pelbagai individu. Hasil ilmu psikologi yang dipelajari di KUIM (kini UNIMEL) dapat dimanfaatkan bagi menangani pelbagai bentuk ragam tingkah laku dan emosi individu.

Bukan itu sahaja, penglibatan aktif beliau dalam setiap aktiviti dan program yang dianjurkan tidak kira sama ada oleh persatuan pelajar mahupun program subjek banyak membantu dalam membentuk keyakinan diri dan ciri kepimpinan yang sangat diperlukan oleh organisasi pekerjaan masa kini. Malah, beliau juga sangat menghargai para pensyarah yang dilihat sangat proaktif dan komited serta secara tidak langsung sedikit sebanyak membantu dalam penentuan hala tuju kerjaya beliau sekarang.

Apabila ditanya mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang pengajian di KUIM (kini UNIMEL), beliau menyatakan tentang aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) yang pernah disertainya bersama penduduk setempat dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuka matanya mengenai peranan mahasiswa/i dalam masyarakat. Mahasiswa berjaya bukan sahaja mencatatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang, malah mereka juga haruslah tidak kekok untuk turun berbakti kepada masyarakat terutamanya golongan yang memerlukan.

Sebagai penutup bicara, saudara Mohammad Shayffiq berharap agar UNIMEL terus berjaya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang berkesan dalam melahirkan graduan-graduan yang berkualiti dan terus komited dalam setiap pencapaian akademik di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Beliau juga sempat berpesan kepada para pelajar yang masih lagi menuntut di UNIMEL untuk mengutip seribu kemanisan yang ada di UNIMEL dan ambillah peluang untuk membina kemahiran yang ada supaya dapat digunakan setelah tamat pengajian nanti.


DISTINGUISHED ALUMNUS – PUBLIC SERVICE CATEGORY

Mohammad Shayffiq bin Idris is an alumnus of KUIM (now known as UNIMEL), where he graduated with First-Class Honours in 2014. Born at Hospital Segamat on 27 April 1990, he is currently serving as a Case Manager at PERKESO Segamat, Johor.

He is a graduate with a Bachelor’s degree in Psychology who confidently chose KUIM, as he regarded it as highly systematic in its academic specialisations and aligned with labour market needs. In addition, he was drawn to its strong spiritual activities and active student associations, which helped to develop students’ interpersonal skills.

He also believes that his field of study is closely related to his current role, as he frequently deals with a wide range of individuals. The knowledge of psychology he gained at KUIM (now UNIMEL) has been valuable in managing various behaviours and emotional responses of individuals.

Furthermore, his active participation in various student-led and academic programmes has significantly contributed to the development of his self-confidence and leadership qualities, which are essential in today’s working environment. He also expressed deep appreciation for his lecturers, whom he regarded as highly proactive and committed, and who indirectly played a role in shaping his career direction.

When asked about his most memorable experience during his studies at KUIM (now UNIMEL), he highlighted his participation in a Corporate Social Responsibility (CSR) programme conducted with local communities in collaboration with the Department of Social Welfare (JKM). This experience broadened his understanding of the role of university students in society. According to him, successful students are not only those who achieve excellent academic results, but also those who are willing and able to serve the community, especially those in need.

In closing, Mohammad Shayffiq hopes that UNIMEL will continue to thrive as an effective higher education institution in producing high-quality graduates and remain committed to academic excellence at both national and international levels. He also encourages current UNIMEL students to fully embrace the valuable experiences offered by the university and to take every opportunity to build their skills for future use after graduation.