ALUMNI KATEGORI KAKITANGAN AWAM

Anak muda yang diberi nama sebagai MOHAMAD KHALID BIN OTHMAN ini merupakan anak kelahiran Johor yang dilahirkan pada tanggal 19 April 1990. Kini, beliau telah berjaya memegang jawatan sebagai Ketua Khidmat Tadbir dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan telah berkhidmat lebih daripada 6 tahun. Beliau yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi telah berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 2014.

Khalid telah memilih KUIM (kini UNIMEL) sebagai pusat pengajian atas faktor ‘sangat berminat’ dengan bidang pengajian psikologi dan dalam masa yang sama turut mempelajari bidang keagamaan. Hasil sedikit kajian dan pencarian yang dilakukan, beliau mendapati bahawa KUIM (kini UNIMEL) adalah institusi pengajian tinggi yang tepat kerana menawarkan bidang pengajian yang diminatinya iaitu Psikologi sebagai subjek major dan bidang keagamaan sebagai subjek minor.

Pengalaman menuntut ilmu bersama rakan-rakan sekelas, momen-momen indah ketika bersama-sama rakan menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah serta bersengkang mata ketika musim peperiksaan merupakan antara pengalaman indah yang tidak dapat beliau lupakan sepanjang menuntut ilmu di KUIM (kini UNIMEL). Beliau juga bersyukur kerana di kelilingi dengan rakan-rakan yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan para pensyarah yang sangat dedikasi dan komited dalam menyampaikan ilmu masing-masing.

Menyifatkan pengalaman yang dilalui di KUIM (kini UNIMEL) sebagai pengalaman manis yang mungkin sukar untuk dikecapi lagi, beliau berharap agar UNIMEL terus maju jaya dan dapat melahirkan para mahasiswa dan mahasiswi yang berjaya dalam pekerjaan yang diceburi. Beliau juga mengharapkan agar para pelajar yang sedang berjuang di UNIMEL sekarang ini dapat memanfaatkan peluang yang ada semasa belajar kerana ilmu itu yang akan digunakan di alam pekerjaan kelak. 

‘Jangan berasa khuatir akan masa depan. Terus belajar dan terus belajar sehingga berjaya.’ Pesan Khalid dengan penuh semangat.


ALUMNI – PUBLIC SERVICE CATEGORY

Mohamad Khalid bin Othman, a young man born in Johor on 19 April 1990, has successfully established his career as the Head of Administrative Services in the Royal Malaysian Air Force (RMAF), where he has served for more than six years. A graduate with a Bachelor’s Degree in Psychology, he completed his studies in 2014.

Khalid chose Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), now known as Universiti Islam Melaka (UNIMEL), as his institution of higher learning due to his strong interest in the field of psychology, while also having the opportunity to study Islamic subjects. Through his research and exploration, he found that KUIM (now UNIMEL) was the ideal institution, as it offered Psychology as a major subject alongside Islamic Studies as a minor.

His experiences studying alongside classmates, the memorable moments of working together to complete assignments given by lecturers, and the late nights spent during examination periods are among the cherished memories he holds from his time at KUIM (now UNIMEL). He is also grateful to have been surrounded by friends who were always willing to share knowledge, as well as lecturers who were highly dedicated and committed to delivering their teachings.

Describing his time at KUIM (now UNIMEL) as a meaningful and perhaps irreplaceable experience, he hopes that UNIMEL will continue to progress and produce graduates who excel in their respective careers. He also encourages current students to make the most of their time and opportunities while studying, as the knowledge gained will serve them well in their future careers.

“Do not worry about the future. Keep learning until you succeed,” Khalid advises with great enthusiasm.