ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KAKITANGAN AWAM
Pemilik nama HAMMAD BIN MOHD SAIDI ini telah dilahirkan pada 23 Julai 1990 di Kluang, Johor. Mesra disapa sebagai Amad, beliau merupakan alumni KUIM (kini UNIMEL) yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Fakulti Sains Sosial dan bergraduat pada tahun 2014. Malah, beliau juga merupakan salah seorang daripada penerima Anugerah Kelas Pertama pada konvokesyen KUIM 2014.
Kini, beliau bertugas sebagai Pengurus Kes di PERKESO, Putrajaya. Pengalaman yang diperoleh sepanjang pengajian di KUIM (kini UNIMEL) dilihat sangat membantu beliau dalam melaksanakan kerjaya yang disandang. Hammad juga merupakan Ahli Persatuan Kaunseling Malaysia & Ahli Persatuan Pengurusan Hilang Upaya.

Pendedahan ilmu psikologi dan kemahiran insaniah yang diperoleh sepanjang belajar di KUIM bukan sahaja boleh dipraktikkan dalam pekerjaan, malah sangat berguna untuk kehidupan terutamanya ilmu berkaitan kepimpinan dan kemahiran dalam membuat keputusan.
Mengimbas kembali detik-detik indah ketika berada di KUIM (kini UNIMEL), beliau berasa terharu dan gembira kerana sepanjang menuntut di KUIM (kini UNIMEL), beliau sentiasa dikelilingi oleh insan-insan yang ‘supportive’ dan positif seperti barisan pensyarah dan rakan-rakan sepengajian. Tambahan lagi, beliau juga melihat KUIM sebagai pusat untuk menggilap ciri kepimpinan yang dimiliki. Hasilnya, sangat memberi impak yang besar dalam kerjaya yang diceburinya kini.
Harapan beliau, agar UNIMEL terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang, unggul dan dinamik bagi menghasilkan graduan-graduan yang berkualiti kini dan selamanya. Faktor-faktor ini jugalah yang menjadi sebab mengapa beliau memilih untuk menyambung pengajian di UNIMEL selain disebabkan oleh penawaran kursus yang terbaik secara teoritikal dan praktikal.
Sebagai penutup bicara, beliau menitipkan pesanan untuk para pelajar yang masih lagi menuntut pengajian di UNIMEL untuk sentiasa fokus dalam pengajian.
‘Berikan yang terbaik dari semua aspek dan jangan berkira dengan usaha anda. InsyaAllah ada kemanisannya.’

DISTINGUISHED ALUMNUS – PUBLIC SERVICE CATEGORY
Hammad bin Mohd Saidi, born on 23 July 1990 in Kluang, Johor, is fondly known as Amad. He is an alumnus of Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), now known as Universiti Islam Melaka (UNIMEL), where he obtained a Bachelor’s Degree in Psychology from the Faculty of Social Sciences and graduated in 2014. He was also one of the recipients of the First Class Honours Award at the KUIM Convocation in 2014.
He is currently serving as a Case Manager at PERKESO, Putrajaya. The knowledge and experience he gained during his studies at KUIM (now UNIMEL) have greatly assisted him in carrying out his professional responsibilities. Hammad is also a member of the Malaysian Counselling Association and the Disability Management Association.
The exposure to psychological knowledge and soft skills acquired during his time at KUIM has not only been applicable in his career but has also proven valuable in his daily life, particularly in areas such as leadership and decision-making.
Reflecting on his meaningful experiences at KUIM (now UNIMEL), he feels grateful and appreciative, as throughout his studies he was surrounded by supportive and positive individuals, including lecturers and fellow students. He also views KUIM as a platform that helped refine and develop his leadership qualities, which have had a significant impact on his current career.
He hopes that UNIMEL will continue to deliver excellent, outstanding, and dynamic services in producing high-quality graduates, now and in the future. These factors, along with the comprehensive theoretical and practical course offerings, were among the reasons he chose to pursue his studies at UNIMEL.
In closing, he shares a message for current UNIMEL students to remain focused on their studies:
“Give your best in every aspect and never hold back your effort. God willing, the rewards will come.”