ALUMNI CEMERLANG KAKITANGAN AWAM
EFFEZUL AZRAN BIN ABD MAULOP merupakan anak jati Kuala Lumpur adalah anak bongsu dari 3 adik-beradik. Menerima Pendidikan rendah dari Sekolah Kebangsaan Taman Medan, telah meneruskan Pendidikan Menengah ke Sekolah berasrama penuh di Sekolah Agama Menengah Tinggi Ampuan Jemaah, Shah Alam dan kemudiannya menyambung pengajian tinggi peringkat Diploma di Kolej Teknologi Islam Melaka di dalam jurusan perakaunan. Beliau yang telah diterima untuk menjalani latihan industri selama 6 bulan di Firma Jamal, Amin & Partners, Kuala Lumpur seterusnya ditawarkan untuk bekerja secara tetap di firma tersebut sebagai pembantu akauntan dengan gaji sebanyak RM500 sebulan.
Atas permintaan kedua ibu bapa beliau, Effezul telah memohon jawatan kosong di Badan Pencegah Rasuah yang kini dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Kini, beliau merupakan Ketua Penolong Kanan Penguasa di SPRM dan telah berkhidmat di SPRM selama 15 tahun. 7 tahun pertama perkhidmatan beliau di SPRM, beliau terlibat di dalam sektor operasi yang melibatkan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan pesalah di muka pengadilan. Kemudian, selama 2 tahun beliau ditempatkan di sektor pendakwaan di mana beliau menguruskan kes-kes perbicaraan rasuah di mahkamah rendah shah alam, kuala lumpur dan Putrajaya. Kini beliau menjalankan tugas-tugas mengikut seksyen 7(f) Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 iaitu mendidik orang ramai untuk menentang rasuah. Ini melibatkan merangka, melaksana serta menyelaras program-program pembangunan insan melalui penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni dan etika kerja yang boleh menjadi benteng ketahanan individu daripada melakukan jenayah rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Pelbagai onak duri telah dilalui saudara Effezul sepanjang tempoh kerjayanya, namun begitu, tidak langsung mematahkan semangat beliau untuk terus berkhidmat demi bangsa dan negara.
Mengimbau kembali kenangan ketika menyambung pengajian di KUIM (kini UNIMEL), beliau merupakan pelajar Diploma Perakaunan di bawah Fakulti Inovasi Pengurusan dan Perniagaan (FIPP) yang kini dikenali sebagai Fakulti Perniagaan, Hospitaliti dan Teknologi (FPHT). Beliau yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pensyarah-pensyarah berkata bahawa pensyarah-pensyarah sangat banyak membantu beliau dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Beliau sangat bersyukur kerana mampu mencapai kejayaan yang dimiliki sekarang dengan Diploma Perakaunan yang dianugerahkan oleh KUIM (kini UNIMEL). Beliau yang tidak pernah mengenal erti pengangguran, membuktikan bahawa graduan-graduan KUIM (kini UNIMEL) adalah setanding dengan graduan-graduan dari Institusi Pengajian Tinggi yang lain. Asalkan ada kemahuan untuk berjaya, pasti akan ada jalan untuk mencapainya.

Keinginan saudara Effezul yang membuak-buak untuk menabur bakti kepada KUIM (kini UNIMEL) terbukti dengan kejayaan beliau mengasaskan kewujudan subjek Integriti dan Rasuah di KUIM. KUIM (kini UNIMEL) adalah di antara Institusi Pengajian Tinggi yang terawal yang menawarkan subjek tersebut sebagai subjek elektif. Tambah beliau, memahami konsep integriti merupakan satu nilai tambah kepada graduan-graduan yang bakal menempuhi alam pekerjaan kerana ia dapat mewujudkan kepatuhan yang tanpa kompromi terhadap prinsip dan nilai moral serta etika yang kuat. Beliau juga menjadi pencetus kepada penubuhan Angkatan mahasiswa anti rasuah di UNIMEL .
Di antara pencapaian utama saudara Effezul adalah ditauliahkan sebagai jurulatih bertauliah daripada ITD World Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat pentauliahan pemberi Latihan. Beliau juga telah ditauliahkan sebagai penceramah berimpak tinggi selain dilantik sebagai ‘subject matter expert’ bagi Sek 17A Akta SPRM yang melibatkan kesalahan liabiliti korporat.
Nasihat beliau kepada pelajar-pelajar KUIM (kini UNIMEL) adalah untuk tidak berasa malu dan putus asa jika memperolehi keputusan SPM yang tidak memuaskan. Apa yang lebih penting adalah untuk terus berjuang meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Berbekalkan usaha dan tawakal kepada Allah dan juga keredhaan dari ibu bapa, kehidupan pasti menjadi berkat.
DISTINGUISHED ALUMNUS – PUBLIC SERVICE CATEGORY
Effezul Azran bin Abd Maulop is a native of Kuala Lumpur and the youngest of three siblings in his family. He received his primary education at Sekolah Kebangsaan Taman Medan and continued his secondary education at the boarding school Sekolah Agama Menengah Tinggi Ampuan Jemaah, Shah Alam. He later pursued his diploma studies in Accounting at Kolej Teknologi Islam Melaka. During his studies, he was accepted for a six-month industrial training placement at the firm Jamal, Amin & Partners in Kuala Lumpur, after which he was offered a permanent position as an assistant accountant with a salary of RM500 per month.
At the request of his parents, Effezul applied for a position at the Anti-Corruption Agency, now known as the Malaysian Anti-Corruption Commission (SPRM). He is currently a Senior Assistant Superintendent and has served in the Commission for 15 years. In the first seven years of his service, he was involved in operational work including investigation, arrest, and prosecution of offenders in court. He was later placed in the prosecution division for two years, where he managed corruption trial cases in the lower courts of Shah Alam, Kuala Lumpur, and Putrajaya. He is now serving under Section 7(f) of the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009, which involves educating the public on combating corruption. This includes designing, implementing, and coordinating human development programmes through the inculcation and appreciation of positive values and strong work ethics that serve as a safeguard against corruption, abuse of power, and misconduct. Throughout his career, Effezul has faced numerous challenges; however, these have never diminished his determination to continue serving the nation.
Reflecting on his time at KUIM (now UNIMEL), he was a Diploma in Accounting student under the Faculty of Management and Business Innovation (FIPP), now known as the Faculty of Business, Hospitality and Technology (FPHT). He maintained a close relationship with his lecturers and acknowledged that they provided significant support throughout his teaching and learning journey. He is deeply grateful for having achieved his success today with the Diploma in Accounting awarded by KUIM (now UNIMEL). Having never experienced unemployment, he has proven that KUIM (now UNIMEL) graduates are on par with graduates from other higher education institutions. As long as there is a will to succeed, there will always be a way to achieve it.
Effezul’s strong desire to contribute back to KUIM (now UNIMEL) is evident through his role in establishing the Integrity and Corruption subject at KUIM. KUIM (now UNIMEL) is among the earliest higher education institutions to offer this subject as an elective. He further emphasised that understanding the concept of integrity adds value to graduates entering the workforce, as it fosters uncompromising adherence to moral principles and strong ethical values. He was also instrumental in the establishment of the Anti-Corruption Student Movement at UNIMEL.
Among his key achievements, Effezul is a certified trainer accredited by ITD World Sdn. Bhd., a training certification provider. He is also a certified high-impact speaker and has been appointed as a subject matter expert for Section 17A of the MACC Act, which concerns corporate liability offences.
His advice to KUIM (now UNIMEL) students is not to feel ashamed or discouraged if they obtain unsatisfactory SPM results. What matters most is the determination to continue striving for higher education. With effort and trust in Allah, as well as the blessings of one’s parents, life will surely be filled with barakah (blessings).