ALUMNI CEMERLANG KATEGORI NGO/ SUKARELAWAN

DAYANG NUR’MAISARRAH BINTI ABANG ABDUL RAZAK membulatkan tekad pada tahun 2016 untuk berpisah dengan keluarga tercinta yang berada di Bumi Kenyalang, demi mengejar cita-citanya untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan syariah di KUIM Tanpa berselindung, beliau mengakui meminati dan menyimpan hasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang Perundangan Syariah sejak di bangku persekolahan sungguhpun menyedari bahawa dirinya mungkin berdepan dengan cabaran hebat sementelah dia bukanlah seorang pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama.

Bagaikan pucuk dicita, ulam mendatang, tawaran mengikuti Diploma Syariah dan Undang-Undang di KUIM sungguhpun nun jauh di Melaka sukar untuk dilepaskan kerana Maisarrah percaya “Kejayaan KUIMpikan bermula di sini”. Sepanjang tiga (3) tahun tempoh pengajian beliau di KUIM, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan di dalam Majlis Perwakilan Pelajar KUIM selama tiga (3) tahun berturut-turut. Menurut beliau lagi, pengalaman memimpin dan bergiat aktif dalam aktiviti mahasiswa adalah “golden opportunity” yang mengasah kemahiran bersosial dan mematangkan beliau.

Bersesuaian dengan keperluan kursus pengajian Diploma Undang-undang dan Syariah yang diikutinya, Maisarrah mencabar diri untuk berani tampil ke hadapan dan mengemukakan pandangan dengan penglibatan aktif dalam forum dan pertandingan debat. Tidak hairanlah jika beliau sangat dikenali dalam kalangan rakan-rakan pelajar dan para pensyarah kerana sering membawa pulang kejayaan yang mengharumkan nama bukan sahaja KUIM, bahkan Fakulti dan juga Majlis Perwakilan Pelajar. Menurut beliau, antara kenangan paling manis adalah ketika merangkul gelaran panel terbaik di pentas besar ‘Forum Apa Kata Anak Malaysia’ anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di UiTM, Lendu Alor Gajah pada tahun 2018. 

Pada tahun 2018 juga, Maisarrah dan rakan-rakannya telah berjaya sebagai Pembentang Terbaik dalam membentangkan hasil penyelidikannya bertajuk “Nusyuz Menurut Perspektif Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia” di International Colloquium of Syariah and Law (ICSaL) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei. Pada tahun 2019, Maisarrah juga telah memberi sumbangan kepada negeri kelahirannya apabila menerima jemputan sebagai panel dalam Youth TownHall anjuran SABERKAS & Pemuda PBB N.8 Satok, Kerajaan Negeri Sarawak.

Maisarrah juga merupakan aktivis NGO yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan melalui Persatuan Kebajikan Pelajar Sarawak (PERKEPIS), IKRAM dan Beliawanis Satok. Sebagai menghargai sumbangan yang telah diberikan, Maisarrah telah terpilih sebagai Pelajar Terbaik (Kokurikulum) dalam Istiadat Konvokesyen ke 23 KUIM. 

Sehingga kini, beliau masih terus bersemangat menabur bakti dalam menangani isu-isu kemanusiaan, menyantuni golongan kurang berkemampuan dan memperkasa golongan wanita dan anak muda khususnya di Negeri Sarawak. 

Pada tahun 2019 Maisarrah telah menerima penghargaan oleh kerajaan Negeri Sarawak apabila dianugerahkan “Anugerah Belia Negeri Sarawak kategori Wanita 2019 sekaligus memegang gelaran Ikon Belia Negeri Sarawak 2019. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang merupakan Ketua Menteri Sarawak. Pada tahun 2020, sekali lagi Maisarrah membanggakan seluruh keluarga dan rakan-rakannya apabila beliau dipilih sebagai Johan bagi “Anugerah Belia Perdana Negara 2020 Peringkat Negeri Sarawak”. Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Kesenian,Kebudayaan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak. Pada tahun yang sama juga beliau kemudiannya telah menerima penganugerahan (Tempat Ketiga) “Anugerah Belia Perdana Negara 2020” Peringkat Kebangsaan (Kategori Wanita) yang telah disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia.

Kini, beliau berkhidmat selaku Pegawai Khas (Hal Ehwal Islam) kepada Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merangkap Menteri Muda Bekalan Air Sarawak. Beliau juga turut diberi kepercayaan untuk berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Dasar dan Undang-undang, Majlis Islam Sarawak. Mengakhiri nukilan, Maisarrah turut merakamkan syukur kepada Allah S.W.T kerana memberi peluang beliau merasai biah solehah di KUIM dan merakamkan terima kasih beliau kepada semua pensyarah KUIM melalui pengiktirafan berikut:

“Tenaga pengajar di KUIM merupakan kunci utama keberjayaan saya. Saya yakin bahawa perkara ini turut dirasakan oleh seluruh alumni KUIM.  Setiap kejayan yang saya kecapi, ilmu yang saya ada, kesedaran yang saya alami ini semuanya bermula dengan insan yang bernama GURU. Bahkan sehingga ke hari ini, saya masih lagi berhubung dengan para pensyarah saya di Fakulti Undang-undang Governan dan Hubungan Antarabangsa, KUIM bagi meminta pandangan dan khidmat nasihat mereka. Saya cukup yakin bahawa keredhaan mereka merupakan keberjayaan saya. Benarlah kata pepatah arab;

لَوْ لاَ اْلمُرَبِّيْ ما عَرَفْتُ رَبِّيْ

“Jika bukan kerana guruku, mana mungkin aku dapat mengenal akan Tuhanku.”


DISTINGUISHED ALUMNA – NGO/VOLUNTEER CATEGORY

Dayang Nur’Maisarrah binti Abang Abdul Razak made a resolute decision in 2016 to leave her beloved family in Bumi Kenyalang (Sarawak) in pursuit of her aspiration to further her studies in Shariah law at KUIM. She openly admits that she had developed a deep interest and ambition to pursue studies in Shariah Law since her school days, despite being fully aware that she might face significant challenges, particularly as she was not a graduate of a religious secondary school.

As the saying goes, “when the desired opportunity arrives,” the offer to pursue the Diploma in Shariah and Law at KUIM—despite its distance in Melaka—was an opportunity she could not refuse. Maisarrah firmly believed that “success begins here at KUIM.” Throughout her three-year study period at KUIM, she was entrusted with leadership roles in the Student Representative Council for three consecutive years. According to her, her experience in leadership and active involvement in student activities was a “golden opportunity” that enhanced her social skills and matured her character.

In line with the demands of the Diploma in Shariah and Law programme, Maisarrah continuously challenged herself to step forward confidently and voice her opinions through active participation in forums and debate competitions. It is therefore unsurprising that she became well-known among both her peers and lecturers for consistently bringing home achievements that elevated not only KUIM’s name but also that of her faculty and the Student Representative Council. One of her most cherished memories was being awarded Best Panellist at the prestigious “Forum Apa Kata Anak Malaysia,” organised by the Department of Information Malaysia at UiTM Lendu, Alor Gajah, in 2018.

In the same year, Maisarrah and her team were recognised as Best Presenters for their research titled “Nusyuz from the Perspective of Islamic Family Law in Malaysia” at the International Colloquium of Shariah and Law (ICSaL) held at Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei. In 2019, she also contributed to her home state when she was invited as a panellist for the Youth Townhall programme organised by SABERKAS and Pemuda PBB N.8 Satok, Sarawak State Government.

Maisarrah is also an active NGO volunteer, contributing extensively to community service through organisations such as PERKEPIS (Sarawak Students Welfare Association), IKRAM, and Beliawanis Satok. In recognition of her contributions, she was awarded Best Student (Co-curriculum) at the 23rd KUIM Convocation Ceremony.

To this day, she remains committed to serving society by addressing humanitarian issues, supporting underprivileged communities, and empowering women and youth, particularly in the state of Sarawak.

In 2019, Maisarrah received recognition from the Sarawak State Government when she was awarded the Sarawak State Youth Award (Women Category) 2019, earning her the title of Sarawak Youth Icon 2019. The award was presented by The Right Honourable Datuk Patinggi (Dr) Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Chief Minister of Sarawak. In 2020, she once again made her family and peers proud when she emerged as the champion of the National Youth Premier Award 2020 (Sarawak State Level). The award was presented by The Honourable Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Minister of Tourism, Arts and Culture and Minister of Youth and Sports Sarawak. In the same year, she further achieved national recognition by securing Third Place in the National Youth Premier Award 2020 (Women Category), presented by The Right Honourable Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Prime Minister of Malaysia.

Currently, she serves as a Special Officer (Islamic Affairs) to The Honourable Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Assistant Minister of Islamic Affairs and DBKU, as well as Assistant Minister of Water Supply Sarawak. She is also entrusted to serve as an Assistant Islamic Affairs Officer in the Policy and Legal Division at the Sarawak Islamic Council.

In concluding her reflection, Maisarrah expresses her gratitude to Allah SWT for granting her the opportunity to experience a biah solehah (righteous environment) at KUIM and extends her heartfelt appreciation to all KUIM lecturers through the following acknowledgment:

“The lecturers at KUIM are the key to my success. I believe this is shared by all KUIM alumni. Every achievement I have attained, every piece of knowledge I possess, and every awareness I have developed began with individuals called teachers. Even today, I remain in contact with my lecturers from the Faculty of Law, Governance and International Relations at KUIM to seek their guidance and advice. I firmly believe that their blessings are the foundation of my success.”

As expressed in the Arabic proverb:

“If not for my teacher, I would not have known my Creator.”