ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KAKITANGAN AWAM

AHMAD FUAD BIN DAUD merupakan anak jati Negeri Sembilan dan dilahirkan pada tanggal 26 Jun 1985. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan dan pada tahun 1998 hingga 2002, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas, Negeri Sembilan. Beliau seterusnya menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL) dalam Program Diploma Kaunseling. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pengajian Islam dengan kepujian (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini masih meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di KUIM (kini UNIMEL).  

Perjalanan Kerjaya

Setelah bergraduasi di KUIM (kini UNIMEL) pada bulan Jun tahun 2006, beliau telah melakukan banyak pekerjaan sementara seperti bekerja di kilang Honda dan G.B. Industries. Pada bulan Mei 2007, beliau telah mendapat panggilan sebagai Penolong Pegawai Perpustakaan (S29) di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) sehingga Mei 2009. Seterusnya, pada Januari 2009 beliau telah dipanggil untuk menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk jawatan Penolong Pegawai Antidadah (Gred S29) tetap dan berpencen. Beliau telah melapor diri untuk jawatan ini pada 18 Mei 2009 di Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan, Sg. Petani, Kedah. 

KUIM menjadi pilihan Menyambung Pengajian.

Program pengajian Diploma Kaunseling di KUIM (kini UNIMEL) amat bersesuaian dengan minat dan impian beliau untuk menjadi seorang kaunselor. Setelah mendapat pekerjaan sebagai Penolong Pegawai Antidadah ini, ilmu yang dipelajari amat membantu dalam proses pemulihan bagi orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Impian untuk menjadi kaunselor masih lagi tinggi dan pada Jun 2020, beliau telah mendaftar kembali dalam Kursus Ijazah Sarjana Kaunseling di KUIM (kini UNIMEL).

Sepanjang pengajian di KUIM (kini UNIMEL), beliau aktif mengikuti beberapa pertandingan perbarisan/disiplin dalam perarakan maulidur Rasul Peringkat DUN Kuala Linggi dan peserta dalam pesta sukan antara Institusi Pengajian Tinggi Islam dalam permainan bola tampar pada tahun 2003. Beliau juga merupakan seorang urusetia dalam Program Karnival Tak Habis-Habis Bola pada tahun 2004 anjuran Persatuan Bola Sepak KTIM (kini UNIMEL) Dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Pesanan Kepada Adik-adik UNIMEL

Pencapaian pada hari ini dan akan datang adalah berkat daripada ilmu yang dimanfaatkan, sentiasa berusaha mencapai sesuatu yang ingin dicapai, berkat doa dari ibu bapa dan keluarga, rakan-rakan dan semua tenaga pengajar di UNIMEL. Beliau berasa yakin dan percaya terdapat banyak pasaran pekerjaan yang boleh diperoleh selepas tamat belajar. Beliau sudah berjumpa ramai senior dan junior termasuk batch beliau sendiri yang telah mendapat pekerjaan mereka dengan baik tidak kira sama ada di sektor awam atau sektor swasta. Tahniah dan terima kasih UNIMEL. 


DISTINGUISHED ALUMNUS – PUBLIC SERVICE CATEGORY

Ahmad Fuad bin Daud is a native of Negeri Sembilan, born on 26 June 1985. He received his early education at Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan, and from 1998 to 2002, he studied at Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pedas, Negeri Sembilan. He later pursued his studies at Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL) in the Diploma in Counselling programme. He subsequently continued his studies at the bachelor’s level, obtaining a Bachelor of Islamic Studies with Honours (Shariah) from Universiti Kebangsaan Malaysia, and is currently pursuing a Master’s degree in Counselling at KUIM (now UNIMEL).

Career Journey

After graduating from KUIM (now UNIMEL) in June 2006, he worked in several temporary positions, including employment at Honda factory and G.B. Industries. In May 2007, he was appointed as Assistant Library Officer (S29) under the National Library of Malaysia (PNM) on a Contract of Service (COS) basis until May 2009. In January 2009, he was called for an interview with the Public Service Commission (SPA) for a permanent and pensionable position as an Assistant Anti-Drug Officer. He reported for duty on 18 May 2009 at the National Anti-Drug Agency Training Centre in Sungai Petani, Kedah.

UNIMEL as the Choice of Study

The Diploma in Counselling programme at KUIM (now UNIMEL) was well aligned with his interest and aspiration to become a counsellor. After securing a position as an Assistant Anti-Drug Officer, the knowledge he acquired greatly assisted him in rehabilitation work involving individuals affected by drug abuse. His aspiration to become a counsellor remained strong, and in June 2020, he re-enrolled in the Master’s degree in Counselling programme at KUIM (now UNIMEL).

Throughout his studies at KUIM (now UNIMEL), he was actively involved in various activities, including marching and discipline competitions during the Maulidur Rasul parade at the Kuala Linggi state constituency level, and as a participant in the inter-Islamic higher education sports festival in volleyball in 2003. He also served as a member of the secretariat for the “Karnival Tak Habis-Habis Bola” programme in 2004, organised by the Football Association of KTIM (now UNIMEL) and the Student Affairs Division.

Message to UNIMEL StudentsHis achievements today and in the future are the result of knowledge that has been applied in practice, continuous effort towards his goals, and the prayers and blessings of his parents, family, friends, and all lecturers at UNIMEL. He is confident that there are many employment opportunities available after graduation. He has met many seniors, juniors, and members of his own cohort who have secured stable careers in both the public and private sectors. Congratulations and thank you, UNIMEL.