Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar yang masih mempunyai tunggakan yuran pengajian adalah DIWAJIBKAN untuk menjelaskan keseluruhan tunggakan tersebut. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pelajar tidak dibenarkan menduduki Peperiksaan Akhir Semester II, Sesi 2025/2026 yang akan bermula pada 08 Jun 2026.

Sehubungan itu, semua pelajar yang terlibat hendaklah menjelaskan keseluruhan tunggakan yuran semester selewat-lewatnya pada atau sebelum 22 Mei 2026 melalui kaedah pembayaran yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti. Pelajar juga perlu membuat semakan tunggakan yuran melalui Portal Pelajar UNIMEL terlebih dahulu.

Sebarang kegagalan menjelaskan tunggakan dalam tempoh ditetapkan adalah dianggap tidak mematuhi arahan kewangan Universiti dan tiada rayuan, pengecualian atau lanjutan tempoh akan dipertimbangkan.

Kerjasama dan perhatian semua amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Bendahari
Universiti Islam Melaka