ALUMNI CEMERLANG KUIM KATEGORI CEMERLANG KORPORAT

MUHAMMAD HAFIZ BIN SAPIEE dikenali rakan mahasiswa Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL) sebagai seorang yang petah berkata-kata dan hebat dalam pengucapan awam. Beliau dilihat sebagai seorang yang berkeyakinan tinggi, berani dan mempunyai pendirian tetap terutamanya semasa melontarkan idea dan pandangan dalam apa jua isu-isu di kampus. Beliau mendapat pendidikan awal di SK. ST. Thomas Kuching (2007-2011). Seterusnya pendidikan menengah di SMK. ST. Thomas Kuching (2012-2016). Demi mengapai cita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, beliau akhirnya berhijrah ke Semenanjung Malaysia menjadi anak perantau setelah mendapat tawaran menyambung pelajaran di KUIM (kini UNIMEL) pada tahun 2017 dalam bidang iaitu Pengajian Islam dengan Pembangunan Sumber Manusia di Fakulti Keilmuan Islam.

Sepanjang pengajian Hafiz di KUIM (kini UNIMEL), selain aktif di dalam kelas beliau juga merupakan seorang mahasiswa yang sangat aktif dengan aktiviti berpersatuan. Sepanjang pengajian di KUIM beliau pernah memegang jawatan penting dalam persatuan pelajar antaranya sebagai Pengerusi Kelab BADAR KUIM 2019-2020, Exco Komunikasi, Korporat dan Hubungan Antarabangsa KISMA, Exco Komunikasi, Korporat dan Hubungan Antarabangsa BADAR, Exco Komunikasi, Korporat dan Hubungan Antarabangsa KEDSIS, Exco Komunikasi, Korporat dan Hubungan Antarabangsa RUMSIS, Exco Disiplin, AMAR KUIM, Setiausaha BOSCA, KUIM dan Pengarah Program Rumah Anak Yatim. Keupayaan berdebat dan kemahiran berkomunikasi beliau yang sangat baik adalah titik tolak kepada beliau terpilih sebagai Moderator Majlis bersama Y.A.B Ketua Menteri Melaka yang dianjurkan di KUIM (kini UNIMEL) pada tahun 2020.

Seusia awal 20-an, Hafiz yang pernah menjadi moderator pelbagai program, pengacara majlis dan menjadi penceramah jemputan bagi pelbagai program dalam dan luar kampus adalah lambang kebanggaan bagi mahasiswa muda yang berupaya menonjolkan diri di hadapan khalayak umum. Malah, beliau juga sangat aktif mengurus dan menyertai pelbagai program dalam dan luar kampus. Selepas bergraduasi, pengalaman kerja pertama atau aktiviti yang dilakukan oleh beliau iaitu sebagai penceramah bebas. Kini, beliau bekerja dan memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam di Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS).

Beliau memilih KUIM (kini UNIMEL) sebagai tempat untuk menyambung pelajaran di peringkat diploma kerana suasana yang selesa, prasarana yang cukup dan baik serta mutu pendidikan yang setaraf dengan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia. Selain itu, menurut Hafiz juga pembelajaran dan pengajaran di KUIM (kini UNIMEL) sangat membantu Hafiz mempersiapkan diri dengan realiti alam pekerjaan sebenar. Hal ini kerana KUIM (kini UNIMEL) khususnya program, DPSM telah menerapkan elemen praktikal untuk persediaan alam pekerjaan yang sebenar, di samping pendedahan mengenai kursus-kursus yang menepati kehendak dan keperluan industri masa kini.

Hafiz dikenali sebagai pelajar yang sentiasa mementingkan nilai hormat menghormati dan saling membantu dalam proses pembelajaran menjadi personaliti yang sangat disenangi di kalangan para pensyarah dan rakan-rakan sekuliahnya. Manurut Hafiz lagi, program-program keagamaan dan penerapan nilai-nilai murni yang dilaksanakan di KUIM (kini UNIMEL) berupaya membangunkan potensi diri beliau melalui elemen dakwah yang sesuai dengan keadaan semasa, tajuk yang sesuai dan menarik minat mahasiswa. 


DISTINGUISHED KUIM ALUMNUS – CORPORATE EXCELLENCE CATEGORY

Muhammad Hafiz bin Sapiee was widely recognised among his peers at Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL) as an articulate speaker with exceptional public speaking skills. He was regarded as a highly confident, courageous individual with strong principles, particularly when presenting ideas and opinions on various campus issues.

He received his primary education at SK St. Thomas Kuching (2007–2011), followed by his secondary education at SMK St. Thomas Kuching (2012–2016). In pursuit of his ambition to further his studies at a higher level, he relocated to Peninsular Malaysia after receiving an offer to study at KUIM (now UNIMEL) in 2017, enrolling in the programme of Islamic Studies with Human Resource Development at the Faculty of Islamic Studies.

Throughout his time at KUIM (now UNIMEL), Hafiz was not only active academically but also highly involved in student organisations. He held several key leadership roles, including Chairman of BADAR KUIM (2019–2020), Exco for Communication, Corporate and International Relations for KISMA, BADAR, KEDSIS and RUMSIS, Exco of Discipline for AMAR KUIM, Secretary of BOSCA KUIM, and Programme Director for an orphanage initiative. His strong debating ability and excellent communication skills led to his selection as the Moderator for a session with the Chief Minister of Melaka held at KUIM (now UNIMEL) in 2020.

In his early twenties, Hafiz had already served as a moderator for various programmes, a master of ceremonies, and a guest speaker for numerous events both on and off campus. His achievements stand as a source of pride, reflecting a young individual capable of confidently presenting himself before a wide audience. He was also actively involved in organising and participating in various programmes within and beyond the campus. After graduation, his initial professional engagement was as a freelance speaker. He currently serves as an Assistant Islamic Affairs Officer at the Sarawak State Mosque Welfare Trust Board (LAKMNS).

Hafiz chose KUIM (now UNIMEL) as his institution for further studies due to its conducive environment, adequate and well-developed facilities, and quality of education comparable to public higher education institutions in Malaysia. He also noted that the teaching and learning approach at KUIM (now UNIMEL) greatly helped prepare him for the realities of the working world. This is particularly evident in the DPSM programme, which incorporates practical elements alongside exposure to courses aligned with current industry demands.

Hafiz is known as a student who consistently upholds the values of mutual respect and cooperation in the learning process, making him well-liked among lecturers and fellow students. He further emphasised that the religious programmes and the inculcation of noble values at KUIM (now UNIMEL) have significantly contributed to the development of his personal potential, particularly through da’wah-oriented elements that are relevant, engaging, and suited to contemporary contexts.