ALUMNI CEMERLANG KEUSAHAWANAN
NURUL ALIYYAH BINTI MUHAMMAD ALI, merupakan anak sulung dari tiga beradik ini mendapat pendidikan Ijazah Pertama di Kolej Universiti Islam Melaka (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL) dan Ijazah Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Psikologi.
Salah satu sifat istimewa yang dimiliki oleh Aliyyah ialah sikap ingin tahu dan ambil tahu yang tinggi dalam dirinya telah membawa keayaan beliau pada hari ini.

Kini beliau telah menubuhkan syarikat perusahaannya sendiri iaitu Aliyy Rainrum Enterprise bagi mengusahakan tanaman cendawan segar untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan di sekitar Mahsan, Negeri Sembilan. Kini, perniagaan cendawan ini masih diteruskan dan diperkembangkan lagi perniagaan dengan menawarkan cendawan segar jenis cendawan tiram kelabu (pleurotus pulmonarius), cendawan tiram putih (pleurotus florida), cendawan jeli hitam (auricularia spp) atau dikenali sebagai cendawan kememe dan juga cili api bara.
Beliau memilih untuk melanjutkan pengajian di KUIM (kini UNIMEL) kerana program yang ditawarkan oleh KUIM (kini UNIMEL) iaitu Psikologi sangat menarik minatnya dan yuran bagi setiap semester juga lebih berpatutan berbanding kolej-kolej swasta yang lain. Selain itu, suasana persekitaran KUIM (kini UNIMEL) yang “Islamik” dan lokasi kolej yang bukan di tengah bandar juga menjadi pilihan hati.

Mengimbas kembali kenangan menuntut, pada setiap pagi sebelum sampai ke dewan kuliah di Fakulti Sains Sosial, beliau perlu melewati Fakulti Pangajian Islam terlebih dahulu. Di situ beliau dapat mendengarkan aluan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang sedang dihafal oleh para pelajar Diploma tahfiz. Walaupun ruangan dipenuhi dengan pelbagai suara bacaan manusia, tetapi beliau menikmati suasana tersebut dengan aman dan merasa harinya bermula dengan suasana yang baik dan positif serta emosi menjadi lebih tenang sepanjang hari. Inilah rutin yang beliau lalui dan ingat sehingga kini.
“Terlalu banyak kenangan yang disimpan sepanjang pengajian di KUIM (kini UNIMEL). Namun, kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah berada di dalam kuliah dan mendengar kata-kata ustaz yang mengajar kami sehingga menjadi pegangan saya sehingga ke hari ini. Ayat beliau lebih kurang berbunyi seperti ini, “Jadilah apa sahaja yang kamu ingin jadi sama ada guru, doktor, peguam, penyanyi dan sebagainya. Tetapi apabila kamu menjadi guru, jadilah seorang guru yang Islam, doktor yang Islam, peguam yang Islam, penyanyi yang Islam.”
Dengan mengikuti pengajian di KUIM (kini UNIMEL), beliau mengenali ilmu psikologi dan dengan ilmu ini juga beliau mengenali diri dan potensi diri. Selain itu, program-program yang dijalankan bagi memenuhi keperluan subjek dan juga penglibatan kelab mendedahkan beliau dengan kemahiran kepimpinan, menguruskan perniagaan, menyelesaikan masalah dan membina sahsiah diri. Ilmu dan pengalaman berharga yang diperolehi di KUIM (kini UNIMEL) mendorong beliau untuk memilih kerjaya pada hari ini.

Beliau menasihatkan para pelajar yang akan melanjutkan pengajian di UNIMEL agar mengambil kesempatan ini mempelajari ilmu serta kemahiran-kemahiran dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan, dan seterusnya berbakti kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan Negara.
DISTINGUISHED ALUMNA – ENTREPRENEURSHIP CATEGORY
Nurul Aliyyah binti Muhammad Ali, the eldest of three siblings, pursued her Bachelor’s degree at Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), now known as Universiti Islam Melaka (UNIMEL), and later obtained her Master’s degree in Psychology from Universiti Kebangsaan Malaysia.
One of Aliyyah’s most notable qualities is her strong sense of curiosity and initiative, which has significantly contributed to her success today.
She has since established her own business, Aliyy Rainrum Enterprise, focusing on the cultivation of fresh mushrooms to meet the needs of the local community in Mahsan, Negeri Sembilan. Her mushroom business continues to grow and expand, offering a variety of fresh produce such as grey oyster mushrooms (Pleurotus pulmonarius), white oyster mushrooms (Pleurotus florida), black jelly mushrooms (Auricularia spp.), locally known as cendawan kememe, as well as bird’s eye chillies (cili api bara).
She chose to pursue her studies at KUIM (now UNIMEL) because the Psychology programme offered greatly appealed to her, and the tuition fees per semester were more affordable compared to other private colleges. Additionally, the “Islamic” environment of KUIM and its location away from the hustle and bustle of the city further influenced her decision.
Reflecting on her student days, she recalls that every morning, before arriving at the lecture hall at the Faculty of Social Sciences, she would pass by the Faculty of Islamic Studies. There, she would hear the recitation of verses from the Holy Qur’an being memorised by Diploma Tahfiz students. Although the space was filled with the voices of students reciting, she found the atmosphere peaceful and uplifting. It gave her a sense of positivity at the start of each day and helped her remain calm throughout. This routine remains one of her most cherished memories.
“There are too many memories from my time at KUIM (now UNIMEL). However, the most unforgettable is sitting in lectures and listening to the words of our ustaz, which have remained with me until today. His message was along the lines of this: ‘Be whatever you aspire to be—whether a teacher, doctor, lawyer, singer, and so on. But when you become a teacher, be a teacher with Islamic values; a doctor with Islamic values; a lawyer with Islamic values.
Through her studies at KUIM (now UNIMEL), she was introduced to the field of psychology, which also helped her understand herself and realise her potential. Furthermore, academic programmes and club involvement equipped her with leadership skills, business management abilities, problem-solving skills, and personal development. The valuable knowledge and experiences she gained at KUIM (now UNIMEL) have guided her in choosing her current career path.She advises future students of UNIMEL to fully seize the opportunity to acquire knowledge and skills, apply them in life, and ultimately contribute to their families, society, religion, and nation.