ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KEUSAHAWANAN
ZALIKA BINTI ISMAIL seorang surirumah sepenuh masa juga merupakan seorang pengarah jualan Mary Kay Malaysia. Setelah menamatkan pelajaran di KUIM (kini UNIMEL) pada tahun 2010, saya memulakan alam pekerjaan saya sebagai penyelaras program di sebuah kolej di Puchong. Kemudian, saya menukar angin dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai credit control selama 8 tahun. Ketika saya bekerja di syarikat tersebut, saya telah menceburkan diri dalam dunia bisnes dan memulakan bisnes Mary Kay secara separuh masa. Dalam masa satu tahun yang sangat singkat itu juga saya berjaya menjadi salah seorang Pengarah jualan di Mary Kay yang merupakan antara jawatan yang tertinggi dalam Mary Kay. Mary Kay ternyata mengubah hidup saya dan keluarga.

Tujuan utama saya memilih KUIM sebagai tempat pengajian saya adalah kerana ianya merupakan sebuah kolej berteraskan islam, dan menawarkan pengajian dalam bidang pengajian islam. Bidang pengajian islam merupakan perkara pertama yang menjadi pilihan saya dalam menentukan dimana tempat saya akan menuntut ilmu. Selain itu yuran pengajian juga tidak terlalu membebankan keluarga saya kerana keluarga saya memilih untuk bayar sendiri yuran tanpa sebarang pinjaman.
KUIM telah mengajar dan membentuk peribadi saya yang sekarang. KUIM telah mempersiapkan diri saya sebagai seorang yang berdikari yang mampu bekerja sendiri, dan berusaha untuk mencapai matlamat saya. Selain itu, pengajian Islam yang dipelajari di KUIM telah membentuk pemikiran saya tentang dunia luar dan tidak mudah terpengaruh dengan hal-hal yang tidak berfaedah di luar sana tidak kira lah di tempat kerja ataupun di mana-mana sahaja. Di samping itu, KUIM mempersiapkan peribadi dan pemikiran saya supaya tidak mudah untuk mengalami kejutan budaya apabila melangkah masuk ke dalam alam pekerjaan yang tentunya mencabar diri saya.
Sepanjang berada di KUIM, saya sangat berbangga dan bersyukur kerana berada di dalam persekitaran yang sangat baik, dikelilingi oleh orang- orang yang sentiasa mendorong saya untuk melakukan perkara kearah kebaikan.

Sebagai pelajar, saya amat mementingkan hubungan yang baik dan utuh antara saya dan juga pensyarah yang telah mendidik saya di KUIM. Sehingga kini, saya masih mengingati mereka malah saya juga sering berhubung dengan pensyarah-pensyarah saya walaupun telah lama menamatkan pengajian saya di KUIM. Jika diberi peluang untuk saya berjumpa dengan pensyarah saya, saya amat gembira dan berbesar hati untuk berjumpa mereka.
Pada pendapat saya, setiap bakal pelajar yang ingin menyambung pelajaran mereka di KUIM perlulah mengatahui serba sedikit tentang KUIM, latar belakang KUIM dan bidang pengajian yang ditawarkan di KUIM. Perkara-perkara ini sangat penting dan setiap pelajar KUIM perlu mengetahui tentang tempat dimana mereka menuntut ilmu.
DISTINGUISHED ALUMNA – ENTREPRENEURSHIP CATEGORY
Zalika binti Ismail, a full-time housewife, is also a Sales Director at Mary Kay Malaysia. After completing her studies at KUIM (now UNIMEL) in 2010, she began her career as a programme coordinator at a college in Puchong. She later pursued a different path and worked in a private company as a credit control officer for eight years. During her time there, she ventured into business and started her Mary Kay business on a part-time basis. Within a remarkably short period of just one year, she successfully rose to become one of the Sales Directors at Mary Kay, which is among the highest positions within the organisation. Mary Kay has undoubtedly transformed her life and that of her family.
Her primary reason for choosing KUIM as her place of study was its identity as an Islamic-based college that offers programmes in Islamic studies. The field of Islamic studies was her foremost consideration when deciding where to pursue her education. In addition, the tuition fees were not overly burdensome for her family, as they chose to fund her studies independently without any loans.
KUIM has taught and shaped her into the person she is today. It has prepared her to be independent, capable of working on her own, and determined to achieve her goals. Furthermore, the Islamic education she received at KUIM has influenced her outlook on the wider world, enabling her to remain grounded and not easily swayed by unproductive influences, whether in the workplace or elsewhere. At the same time, KUIM helped to develop her character and mindset, ensuring that she did not experience culture shock when entering the working world, which inevitably presents its own challenges.
Throughout her time at KUIM, she felt immensely proud and grateful to be in such a positive environment, surrounded by individuals who consistently encouraged her to pursue what is good.
As a student, she placed great importance on building strong and meaningful relationships with the lecturers who guided her at KUIM. To this day, she still remembers them and remains in contact with her lecturers, despite having completed her studies many years ago. Given the opportunity, she would be delighted and honoured to meet them again.
In her view, every prospective student intending to further their studies at UNIMEL should make an effort to understand the institution, including its background and the programmes it offers. These are essential matters, and every UNIMEL student should be well-informed about the place where they pursue their education.