ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KAKITANGAN AWAM

MUHAMAD SYAMIEZY BIN SIDEK adalah alumni program Ijazah Sarjana Muda Psikologi pada tahun 2016.

Tamat tahun akhir pengajian peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang kaunseling, sehari selepas itu beliau mendapat panggilan dan terus ditemuduga secara atas talian oleh seorang pensyarah untuk menyertainya sebagai salah satu ahli pasukan dalam menggerakkan pusat konsultasi dan kaunseling khas buat kanak-kanak dan keluarga, berfokuskan aplikasi terapi bermain dan terapi dulang pasir iaitu Center for Children and Families Enhancement (CCFE) yang berpusat di Bandar Puteri Bangi, Kajang.

Hampir lapan bulan menimba pengalaman bekerja bersama CCFE, daripada mula bekerja di pejabat, kemudian mula bekerja dari rumah (work from home) atas tuntutan perintah kerajaan dalam usaha mengekang jangkitan wabak pandemik COVID-19 daripada terus berleluasa. Beliau berpeluang menganjurkan beberapa program anjuran CCFE, antaranya Bengkel Persijilan Intensif Terapi Dulang Pasir dengan beberapa siri, seterusnya penganjuran program Coaching Psychology: Motivation Towards Success

Pada pertengahan bulan September 2020, beliau berjaya ditawarkan berkhidmat untuk Kementerian Kesihatan Malaysia, sebagai Pegawai Psikologi (Kaunseling) berkhidmat ialah di daerah Rompin, Pahang iaitu daerah kampung beliau sendiri. 

Ditawarkan pekerjaan ini dalam tempoh pandemik juga amat mencabar. Kemampuan beliau dan rakan-rakan pegawai seringkali terasa dicabar apabila makin banyak kerja datang bertimpa-timpa, antaranya perlu sentiasa bersedia membuat perkhidmatan Psychologycal First Aid kepada kontak rapat pesakit COVID-19, mangsa krisis dan mangsa banjir. Setiap minggu beliau perlu mengemaskini nama-nama kontak rapat yang telah menerima perkhidmatan telekaunseling, dan juga meminta setiap kontak rapat dan orang awam yang terkesan dengan pandemik untuk membuat saringan minda sihat Depression, Anxiety, Stress Scale (DASS). Semua kerja ini perlu dibuat setiap minggu, namun beliau juga tidak boleh mengabaikan perkhidmatan kaunseling di setiap klinik kesihatan. Selepas enam bulan, beliau boleh katakan, telah meletakkan pencapaian yang baik dalam perkhidmatan psikologi kaunseling di daerah Rompin.

Zaman belajar di KUIM ialah satu tempoh di mana beliau sedaya upaya cuba serlahkan segala potensi dan bakat yang ada, bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi juga sumbangan buat komuniti khususnya. Hasilnya kini, sekarang beliau dapat membuat kertas kerja dengan baik, boleh bekerja di bawah penyeliaan yang minimum, mahir dalam pengurusan dokumentasi, membuat poster melalui aplikasi di komputer dan menjadi panel dalam forum. Ini semua adalah berkat usaha, pembelajaran dan pengajaran semasa belajar di KUIM dahulu.

Beliau kini telah berkhidmat di Fakulti Sains Sosial, Universiti Islam Melaka sebagai pensyarah. Ibarat “sirih pulang ke gagang”.


DISTINGUISHED ALUMNUS – PUBLIC SERVICE CATEGORY

Muhamad Syamiezy bin Sidek is an alumnus of the Bachelor of Psychology programme, graduating in 2016.

Upon completing the final year of his Master’s studies at Universiti Kebangsaan Malaysia in the field of counselling, he received a call the very next day and was immediately interviewed online by a lecturer to join as a member of a team in establishing and operating a specialised consultation and counselling centre for children and families. The centre focuses on the application of play therapy and sand tray therapy, known as the Centre for Children and Families Enhancement (CCFE), based in Bandar Puteri Bangi, Kajang.

After nearly eight months working with CCFE—initially from the office and later transitioning to working from home in accordance with government directives to curb the spread of the COVID-19 pandemic—he had the opportunity to organise several programmes under CCFE. Among them were a series of Intensive Sand Tray Therapy Certification Workshops, followed by the organisation of the programme titled Coaching Psychology: Motivation Towards Success.

In mid-September 2020, he was successfully offered a position with the Ministry of Health Malaysia as a Psychological Officer (Counselling), serving in the Rompin district, Pahang—his hometown. Being offered this role during the pandemic was particularly challenging. His capabilities, along with those of his fellow officers, were constantly tested as workloads increased significantly. Among his responsibilities were providing Psychological First Aid services to close contacts of COVID-19 patients, crisis victims, and flood victims. Each week, he was required to update records of close contacts who had received telecounselling services, as well as to request close contacts and affected members of the public to undergo mental health screening using the Depression, Anxiety, Stress Scale (DASS). All of these tasks had to be carried out weekly, while he also continued to deliver counselling services at various health clinics. After six months, he could confidently state that he had achieved commendable performance outcomes in psychological counselling services in the Rompin district.

His time as a student at KUIM was a period during which he made every effort to demonstrate his potential and talents—not only for personal development but also as a contribution to the community. As a result, he is now capable of preparing working papers effectively, working under minimal supervision, managing documentation proficiently, designing posters using digital applications, and serving as a forum panellist. All of these competencies are the result of the knowledge, experience, and guidance he received during his studies at KUIM.

He is currently serving as a lecturer at the Faculty of Social Sciences, Universiti Islam Melaka—truly a case of “returning to one’s roots.”