ALUMNI CEMERLANG KATEGORI KEUSAHAWANAN

SITI FAIRUZ BINTI OMAR  merupakan alumni daam program Diploma Pengurusan Pelancongan di Kolej Universiti Islam Melaka pada tahun 2009. Beliau kini menetap di Seremban, Negeri Sembilan. 

Siti Fairuz menjalankan perniagaan haji dan umrah serta pelancongan dalam dan luar negeri dan memiliki agensi pelancongan dan merupakan Pengarah Urusan (CEO) FO Rizq Ticketing & Travel Sdn. Bhd. Selain dari agensi pelancongan, beliau juga  menjalankan perniagaan makanan sunnah (Al Fayrooz Sunnah food) serta kedai makanan ringan (western food) sebagai pemilik FO Rizq Global Enterprise. 

Dahulu, semasa beliau ingin melanjutkan pelajaran di KUIM (sekarang UNIMEL)  disebabkan oleh dorongan  dari saudara yang pernah belajar di sini dan saya telah melakukan serba sedikit kajian melalui internet. Selain itu konsep KUIM sebagai “Kolej Universiti Islam” ketika itu yang lebih membuatkan saya tertarik untuk belajar di sana.

Suasana pengajaran dan pembelajaran secara “islamic studies” banyak membentuk sahsiah diri saya sebagai seorang pelajar dan wanita untuk menghadapi cabaran getir di luar sana. Selain itu apa yang saya pelajari di KUIM lah yang mendorong saya untuk menceburi bidang pelancongan berteraskan agama seperti sekarang.Hubungan bersama pensyarah adalah sangat baik malahan semua pensyarah sangat membantu apabila di perlukan.

UNIMEL adalah sebuah institusi pendidikan yang berteraskan Islam dan syariah. Dengan memilih UNIMEL, bukan sahaja ilmu duniawi tapi ilmu akhirat tetap di sertakan sekali. Di UNIMEL anda akan di bentuk dari segi sahsiah rupa diri mengikut syariat Islam, di bekalkan dengan ilmu agama daripada pembimbing yang berkelayakan serta pensyarah yang berkebolehan. Ketenangan di temui selama 3 tahun berada di KUIM (sekarang UNIMEL). Persekitaran pembelajaran yang selesa dan komprehensif, rakan sebaya serta pembimbing pelajar yang sangat membantu serta mengambil berat serta aktiviti aktiviti keagamaan yang di anjurkan banyak mengubah kehidupan saya sebagai seorang remaja pada ketika itu. 

Di dalam dunia yang penuh mencabar ini, pelajar seharusnya menumpukan sepenuh perhatian pada pengajian dan jangan sekali-kali leka dengan sebarang bentuk hiburan di luar sana yang tidak menjanjikan kebaikan dan manfaat kepada anda. Ilmu tidak menjamin kekayaan tapi untuk Berjaya kita memerlukan ilmu. Jangan di sia siakan biasiswa atau kemudahan pijaman pendidikan yang diterima. Belajarlah bersungguh sungguh. Bukan semua orang bernasib baik seperti anda yang mampu untuk melanjutkan pengajian ke tempat yang lebih tinggi. UNIMEL ada semua yang anda perlukan. Bukan sahaja ilmu dunia, akhirat juga di beri sama. Di sinilah lahirnya seorang agamawan,usahawan bahkan pemimpin. Tabah dan sabar dalam menempuh kehidupan sebagai seorang siswa dan siswi. InsyaALLAH manisnya akan anda temui.


DISTINGUISHED ALUMNUS – ENTREPRENEURSHIP CATEGORY

Siti Fairuz binti Omar is an alumna of the Diploma in Tourism Management programme at Kolej Universiti Islam Melaka (now known as Universiti Islam Melaka), graduating in 2009. She is currently residing in Seremban, Negeri Sembilan.

Siti Fairuz is involved in the Hajj and Umrah industry as well as domestic and international tourism, and owns a travel agency where she serves as the Chief Executive Officer (CEO) of FO Rizq Ticketing & Travel Sdn. Bhd. In addition to her travel agency, she is also engaged in the business of Sunnah-based food products (Al Fayrooz Sunnah Food) as well as operating a Western food outlet under her enterprise, FO Rizq Global Enterprise.

Previously, when she intended to further her studies at KUIM (now UNIMEL), she was encouraged by a relative who had studied there, and she also conducted preliminary research via the internet. Furthermore, the concept of KUIM as an “Islamic University College” at the time greatly attracted her to pursue her studies there.

The teaching and learning environment, particularly its emphasis on Islamic studies, significantly shaped her character as both a student and a woman in facing the challenges of the outside world. In addition, what she learnt at KUIM inspired her to venture into the field of faith-based tourism, which she is engaged in today. Her relationship with lecturers was very positive, and all lecturers were highly supportive whenever assistance was needed. 

UNIMEL is an educational institution grounded in Islamic and Shariah principles. By choosing UNIMEL, one gains not only worldly knowledge but also knowledge for the Hereafter. At UNIMEL, students are shaped in terms of character and personal conduct in accordance with Islamic teachings, equipped with religious knowledge imparted from qualified mentors and capable lecturers. She found a sense of tranquillity during her three years at KUIM (now UNIMEL). The conducive and comprehensive learning environment, supportive peers and dedicated student mentors, as well as the religious activities organised, greatly transformed her life as a young student at that time.

In today’s challenging world, students should devote their full attention to their studies and never be distracted by forms of entertainment that do not offer meaningful benefit. Knowledge does not guarantee wealth, but success requires knowledge. Do not squander scholarships or educational loan facilities that have been granted. Study diligently—not everyone is as fortunate as you to have the opportunity to pursue higher education. UNIMEL provides everything you need—not only knowledge of this world, but also of the Hereafter. It is here that scholars, entrepreneurs, and even leaders are nurtured. Be resilient and patient in facing life as a student—God willing, you will eventually taste its sweetness.