ALUMNI CEMERLANG KATEGORI NGO/SUKARELAWAN
MUHAMAD SHAHRIL BIN ABU BAKAR berasal dari Alor Gajah, Melaka. Setelah tamat pengajian peringat menengah, beliau menyambung pengajian di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL) dalam jurusan Diploma Kejururawatan dari Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan pada tahun 2003. Beliau menamatkan pengajian di KUIM pada tahun 2006. Beliau pernah menjadi ahli Perwakilan Pelajar Fakulti Kejururawatan dan sifat kepimpinan beliau menjadi faktor titik tolak utama untuk memegang jawatan ketua kelas sepanjang sesi pengajian beliau.
Sejurus tamat pengajian di KUIM (kini UNIMEL), Muhamad Shahril diterima bertugas di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur bermula tahun 2006 sehingga kini. Sepanjang dalam kerjaya, beliau pernah menyandang beberapa jawatan seperti Ketua Jururawat Multi Wad dan Ketua Jururawat Intensive Care Unit (ICU) pada tahun 2011 dan Ketua Jururawat Unit Kecemasan pada tahun 2014.

Muhamad Shahril merupakan Ahli Lembaga Pengarah Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan Dan Perubatan Bakti Malaysia. Beliau mempunyai banyak pengalaman bersama Non-Government Organization (NGO) seperti Malaysian Relief Agency (MRA) yang mempunyai objektif utama untuk membantu masyarakat yang terlibat dengan bencana alam di dalam dan luar negara dan konflik bersenjata di luar negara. Beliau juga pernah menyertai banyak program dan misi kemanusiaan bersama NGO. Antaranya ialah Bantuan Kemanusiaan Padang, Indonesia, Bantuan Kemanusian Pulau Sibu, Philippines, Bantuan Kemanusian Banjir Johor, Bantuan Perubatan Banjir Kelantan, Program Bersama Orang Asli, Program Bersama Gelandangan dan Program Bantuan CPR di Rumah Anak Yatim dan Asnaf. Selain itu, beliau turut membantu dalam pasukan perubatan tanah runtuh Rumah Anak Yatim Hulu Langat dan bekalan makanan kepada orang asnaf semasa pandemik COVID-19. Muhamad Shahril turut menyumbang kepada masyarakat melalui program berkhatan beramai-ramai setiap tahun dan melaksanakan program bantuan CPR kepada masjid-masjid.

Muhamad Shahril merupakan Ketua Pegawai Eksekutif di International Home Care Nursing Sdn. Bhd. (IHCN) yang telah ditubuhkan pada tahun 2017, menawarkan khidmat penjagaan kesihatan kepada orang ramai. Beliau menyatakan bahawa, UNIMEL banyak membantu beliau dalam penyediaan ke arah alam pekerjaan terutamanya di kawasan praktikal. Menurut Muhamad Shahril, para pengajar di Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan sangat membantu dalam pengajaran tanpa mengira masa. Sikapnya yang suka membantu menjadikan Muhamad Shahril sebagai seorang sukarelawan yang berbakti kepada masyarakat dan negara.

DISTINGUISHED ALUMNUS – NGO AND VOLUNTEERISM CATEGORY
Muhamad Shahril bin Abu Bakar is a native of Alor Gajah, Melaka. After completing his secondary education, he furthered his studies at Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL) in the Diploma in Nursing programme under the Faculty of Nursing and Health Sciences in 2003. He completed his studies at KUIM in 2006. He was an active member of the Faculty of Nursing Student Representative Council, and his leadership qualities became the main driving factor that led him to be appointed as class representative throughout his period of study.
Immediately after graduating from KUIM (now UNIMEL), Muhamad Shahril began working at Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur, from 2006 to the present. Throughout his career, he has held several positions, including Head Nurse of Multi-Ward Unit, Head Nurse of the Intensive Care Unit (ICU) in 2011, and Head Nurse of the Emergency Department in 2014.
Muhamad Shahril is also a Board Member of Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan dan Perubatan Bakti Malaysia. He has extensive experience with non-governmental organisations (NGOs), including the Malaysian Relief Agency (MRA), whose main objective is to assist communities affected by natural disasters locally and internationally, as well as victims of armed conflict abroad. He has participated in numerous humanitarian missions and programmes with NGOs, including humanitarian aid in Padang, Indonesia; Sibu Island, the Philippines; Johor flood relief; Kelantan flood medical assistance; programmes with the Orang Asli community; programmes with the homeless; and CPR training programmes at orphanages and asnaf centres. In addition, he has also contributed to disaster response efforts during the landslide incident at an orphanage in Hulu Langat and provided food assistance to asnaf communities during the COVID-19 pandemic. Muhamad Shahril has also contributed to society through annual mass circumcision programmes and CPR training programmes at mosques.
Muhamad Shahril is currently the Chief Executive Officer of International Home Care Nursing Sdn. Bhd. (IHCN), which was established in 2017 and provides healthcare services to the public. He stated that UNIMEL has greatly assisted him in preparing for the professional world, particularly in practical training. According to him, lecturers at the Faculty of Nursing and Health Sciences were highly supportive and always willing to assist at any time. His natural inclination to help others has shaped Muhamad Shahril into a volunteer dedicated to serving society and the nation.