ALUMNI CEMERLANG KATEGORI BADAN BERUNIFORM

AMIRUL SHAZRIN BIN AZHAR merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pelbagai ujian perlu dilalui untuk melayakkan diri dalam menyertai Pusat Latihan Polis (PULAPOL). Setelah melalui ujian saringan, beliau terpilih untuk menjalani Latihan Polis selama 6 bulan di (PULAPOL KOTA KINABALU SABAH). Setelah tamat sahaja latihan, beliau telah diletakkan di bahagian General Department untuk mempelajari pelbagai tugas di Balai Polis.
Pada masa yang sama, beliau aktif memperkembangkan bakat dalam seni mempertahankan diri (Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia), dinobatkan sebagai Juara kumpulan Qasidah Johor diperingkat Kebangsaan (PDRM), menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat daerah dan pertandingan nyanyian lagu asli dibawah kebudayaan Negeri Johor mewakili PDRM Kontinjen JOHOR.

Pada tahun 2020 beliau telah ditukarkan ke Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS). Di sini beliau telah mengaplikasikan ilmu-ilmu yang telah dipelajari semasa menuntut di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (kini dikenali sebagai Universiti Islam Melaka – UNIMEL) dalam bidang Diploma Kaunseling dan Ijazah Sarjana Muda Psikologi.
Mengapa memilih UNIMEL?
Beliau memilih belajar di KUIM (kini UNIMEL) mengikut jejak langkah kakak beliau yang juga merupakan alumni KUIM yang berjaya. Beliau meneruskan pengajian di KUIM dalam bidang Diploma Kaunseling dan Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kepujian).
Di KUIM (kini UNIMEL), beliau adalah Pengerusi Persatuan Silat Semi Gayong Malaysia (PSSGM) Melaka. Banyak persembahan silat telah dibuat bagi memenuhi jemputan di setiap program-program rasmi KUIM (kini UNIMEL). Bagi beliau, aktiviti ini amat penting dalam memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan keyakinan diri. Sehingga ke hari ini, beliau masih aktif dalam pertubuhan silat malah diberikan peluang membuka gelanggang silat untuk anak-anak anggota polis di tempat beliau bertugas.

Menurut Amirul, beliau telah belajar budaya byang sihat melalui penerapan nilai-nilai Islam di KUIM (kini UNIMEL). KUIM (kini UNIMEL) juga mendedahkan para mahasiswa kepada program-program berunsurkan keagamaan, waimah yang mengambil jurusan bukan berasaskan Islam turut perlu mempelajar Bahasa Arab contohnya, tilawah Al-quran, tasmiq’ hadith 40 imam nawawi, bahkan para habib juga datang untuk mengajar serta mengijazahkan ilmu yang bermanfaat kepada para mahasiswa/i di KUIM.
Pesanan Kepada Adik-adik UNIMEL
Pesanan kepada para mahasiswa/i UNIMEL agar menanamkan niat belajar ini berdasarkan satu hadith ‘Membuat sesuatu itu bermula dengan niat’ maka disini hadith sahih ini memberitahu kepada kita semua, apa jua bidang yang kita ceburi haruslah bermula dengan niat yang baik, malah pesanan beliau juga, jagalah hubungan dengan Allah S.W.T, hubungan sesama manusia, dan tidak ketinggalan ‘ADAB’ berguru itu sangat penting.

DISTINGUISHED ALUMNUS – UNIFORMED SERVICES CATEGORY
Amirul Shazrin bin Azhar is a serving officer in the Royal Malaysia Police (PDRM). He underwent various challenges to qualify for admission into the Police Training Centre (PULAPOL). After successfully completing the screening process, he was selected to undergo six months of police training at PULAPOL Kota Kinabalu, Sabah. Upon completion of his training, he was posted to the General Duties Department, where he was exposed to a wide range of duties at the police station.
At the same time, he actively developed his talent in martial arts through the Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. He was crowned National Johor Qasidah Group Champion (PDRM), participated in Quran recitation competitions at the district level, and also took part in traditional song competitions under the Johor State Cultural Department, representing the Johor PDRM Contingent.
In 2020, he was transferred to the Integrity and Standard Compliance Department (BIPS), where he applied the knowledge he acquired during his studies at Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) (now known as Universiti Islam Melaka – UNIMEL), particularly from his Diploma in Counselling and Bachelor’s Degree in Psychology.
Why UNIMEL?
He chose to study at KUIM (now UNIMEL) following in the footsteps of his elder sister, who is also a successful KUIM alumna. He pursued his studies in the Diploma in Counselling and Bachelor of Psychology (Hons) programmes.
At KUIM (now UNIMEL), he served as the Chairman of the Silat Seni Gayong Malaysia Association (PSSGM) Melaka. Numerous silat performances were conducted to fulfil invitations at official KUIM (now UNIMEL) programmes. He believes these activities were essential in cultivating teamwork and enhancing self-confidence. To this day, he remains actively involved in silat and has been given the opportunity to establish a silat training ground for police personnel’s children at his current workplace.
According to Amirul, he developed a positive and balanced lifestyle through the Islamic values instilled at KUIM (now UNIMEL). KUIM (now UNIMEL) also exposed students to religiously oriented programmes; even students who were not enrolled in Islamic-based programmes were required to learn Arabic, participate in Quran recitation (Tilawah Al-Quran), and study Hadith Arba‘in of Imam Nawawi. In addition, respected religious scholars were invited to teach and grant beneficial knowledge (ijazah) to students at KUIM.
Message to UNIMEL Students He advises all UNIMEL students to cultivate the intention to study based on the Hadith, “Actions are judged by intentions.” This authentic Hadith reminds us that whatever field we pursue must begin with sincere intentions. He also emphasises the importance of maintaining a strong relationship with Allah (SWT), good conduct among fellow human beings, and most importantly, proper adab (etiquette) towards teachers, which he considers extremely essential.